“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. "[Ali Imran: 8]

Wednesday, April 20, 2011

light!

 
...so excited, so energetic...
all of sudden
hope it will stay remains like this...
(*____*)

 Firework: Katy Perry

Friday, April 15, 2011

Surah ad-Dhuha

Salam sejahtera semua :)

Lama dah rase x update blog nie.Anyway x kisah lah kan...sebab nya komitmen sekarang buat saya x sempat nak menaip,berkongsi cerita dengan kalian semua. Thank you so much for those yg jejak kat sini....

Kali nie nak share sikit tentang surah ad-dhuha...saya percaya mostly tahu tentang surah nie kan? sebenarnya kan...banyak sangat kafiat/fadilat kalau kita amalkan surah ini...sebagai contoh, ita akan dimurahkan rezeki, dilapangkan segala urusan...amalkan surah ini malam dan siang...kalau berkesempatan, tunaikan solat dhuha...yela, dapat keluar minum around 10pm tue, apa kata ambil 5-10 minutes untuk buat solat dhuha...selain dari hati kita senang, barakah juga akan sentiasa bersama kita...inshaALLAH....

Okay, jom kita tengok apa maksud ayat dalam surah dhuha :)

Demi waktu Dhuha; Dan malam apabila ia sunyi-sepi; (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik);Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya; Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati); Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?; Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)?; Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan? ; Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya; Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Nice kan ayat2 yang telah diturunkan oleh Allah pada kita...jom lah ambil iktibar...saya menulis bukan sekadar untuk mengajak kalian amalkan surah dhuha ini, tetapi sebagai peringatan untuk diri sendiri juga...banyak juga kisah yang telah dikongsi oleh orang sekeliling tentang kafiat surah ini...saya yakin tentang janji Allah...saya yakin dengan segalanya...kerana setiap apa yang berlaku adalah aturan dari Dia, kita perlu berusaha dan bertawakal....

Ath-Thalaq (2- 4): Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.” 




 Selamat beramal!
(@___@) 

Thursday, April 7, 2011

Jom Senyum

Sesambil marking saya dengar lagu senyum...dan sambil menaip entry ini saya tersenyum....hehehehe....Senyum, x perlu kata apa-apa bak bait lagu malique ft najwa tue..Banyak bende nak kongsi kali nie punya entry, tapi x sure saya akan taip panjang-panjang sebab saya tengah marking reports....

Actually saya dah pun dapat hantar paper untuk conference June nanti...Alhamdulillah...success gak menulis selepas banyak kali kena edit dengan both svs'....senyum memanjang je even hantar di ketika  lagi sebelas minit menjelang tarikh tutup...hehehehe....then hari yang sama hantar paper tersebut, saya dah dapat cheque untuk bayaran ke persidangan itu...Alhamdulillah...jimat seratus ringgit untuk early bird payment....Allah permudahkan kerja saya...senyum lagi....

Anyway, the best part kan nak share dengan kalian semua, saya dah berjaya complete cycle untuk sampling saya...itulah perkara yang buat saya sangat gembira and senyum memanjang...this is because i had undergo 19 months for this step...can u guys imagine selama 19 bulan saya kena berulang alik naik pergi Cameron Highlands untuk ambil, kutip samples for my study.so bila dah siap sampling nye part...saya rasa syukur sangat okay.....senyum lagi.....Kalian semua please doakan perjalanan MSc saya dipermudahan...sangat x sabar nak siapkan segala analysis...sangat x sabar nak viva :) sangat x sabar nak graduate...memang senyuuuuuummmmmm panjang....ehehehe

Jom Senyum yuk!




Saturday, April 2, 2011

Belajar

Result SPM bebaru nie sangat mengejutkan saya. Anak-anak buah pakat dapat straight A's. Tahniah sesangat kat dorang. Angah dorang pun x sepandai itu. Rata-rata survey tanya kawan, kenalan etc sedara mara dorang yang amik SPM majority dapat >5 A's. Hebat betul saya rasa. Adakah soalan SPM dorang senang atau pun sememangnya mereka usaha bersungguh-sungguh. Belajar tanpa henti, siang malam??? Saya x pasti dengan itu, namun saya yakin jawapan nye ada pada setiap individu. Disebalik itu, banyak jugak persoalan yang timbul, muncul dikalangan masyarakat sekeliling...antaranya..."competition tinggi, susah la yang x dapat straight A's nak sambung blaja di peringkat tertinggi"..."kalau x dapat straight A's tue nak masuk uni susah, so macam mana lah masa depan mereka???"...bla..bla..bla....macam-macam lagi.....

Saya sendiri bukanlah seorang yang pandai, bijak tue apatah lagi. Saya cuba untuk buat yang terbaik dapat setiap pembelajaran saya namun kadang-kadang tersasar jugak. Sehingga kini saya masih lagi bergelar seorang pelajar. Ramai juga yang asyik bertanya, "bila nak kerja nie?", "sampai bila nak belajar jer?", " xjemu ke asyik belajar?" etc. Penat melayan segala pertanyaan, saya sekadar tersenyum. Biarlah ia menjadi tanda tanya buat mereka. Actually, saya rasa peluang untuk belajar itu adalah rezeki. Perjalanan saya untuk sampai ke peringkat ini adalah satu rahmat dari Allah. Sungguh, saya x tipu kerana saya bukanlah pelajar yang cemerlang. Saya bermula dari pengajian di peringkat diploma, then kerja,sambung bachelor degree then kerja...dan sekarang sedaya mungkin untuk menghabiskan pengajian diperingkat sarjana...inshaALLAH kerja dulu lepas ini...so ia x mudah okay. Saya belajar n kerja, belajar n kerja n belajar. Even agak lambat sambung belajar, namun pengalaman itu sangatlah berharga....

Sebenarnya kat sini bukanlah nak highlight kan kisah saya, cuma belajar nie sebenarnya rezeki yang Allah bagi kat kita. Its a part of rezeki jugak la kan. Sebabnya, berapa banyak pun ilmu yang kita dapat kalau kita x bersyukur atas segala kurniaanNya. More, success atau tak kita dalam belajar nie sebenarnya ujian jugak untuk kita....more, belajar itu x semestinya melalui cara yang formal...kerana apabila kita dah tiada pun kita still diajar, cuma etika itu ilmu tersebut dah x boleh nak diamalkan....