“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. "[Ali Imran: 8]

Tuesday, May 31, 2011

<@__________________@>


take the time to work...its a price for success,
take time to think...its a source of power,
take time to read...its the foundation of wisdom,
take time to pray...its the way to heaven...




Terima Kasih


Ucapan terima kasih kerap kita terima dalam emails, surat atau ucapan-ucapan yang formal. Namun untuk mendapat ucapan terima kasih secara lisan agak susah. Pelik bukan...kenapa dan mengapa ini tejadi...wahal bukan susah pun untuk sampaikan ucapan terima kasih...dari observation saya, ucapan ini dianggap sesuatu yang tiada erti bagi segelintir pihak....kat mane la haih hilang nye adab sopan kita sebagai orang Timur yang terkenal dengan keindahan budi bahasa....

Terpanggil untuk bercerita tentang ucapan terima kasih nie kerna saya melihat satu adegan yang bagi saya tiada beradab akan orang itu. Sudahlah bercakap kasar, ucapan terima kasih juga x ada ketika sedang membeli di satu kedai pakaian. Hellooooo orang yang meniaga actually tak ke mana kot kalau xde pembeli kan....Jangan la dilayan pembeli secara kasar. Cakap acuh tak acuh...bukan megharap sangat tapi berbudi bahasa lah kan...so jawapan yang best bagi saya unuk orang macam itu adalah, "Terima kasih kerana jual barang ini kepada saya"....Itu baru sedikit...senario yang sama boleh juga dijumpa di tempat-tempat lain dan dalam apa juga keadaan...

Namun ambil ia sebagai iktibar untuk diri sendiri, Kalau deal dengan sesapa pun, amalkan ucapan terima kasih tue kerana it's such as compliment kepada pihak yang kita deal tue...mereka akan rasa sangat dihargai...xkira lah sesapa pun...sekali pun driver taxi, driver bus, makcik cleaner....bukan nya susah pun....kan?????????

Terima Kasih
شكرا 
Thank You
Спасибо
Gracias
Danke Schön
감사합니다

Tak kisah la dalam apa jua bahasa...namun sentiasalah amalkan ucapan terima kasih...tak kira dalam keadaan formal atau tidak...maklumlah orang berbudi kita berbahasa...indah betul pepatah orang tua dahulu...adat yang bersendikan agama, maka terlahirlah pelbagai peribahasa yang indah. Namun janganlah disalah tafsir kerana segalanya ada maksud yang tersembunyi :)



BUDI BAHASA BUDAYA KITA




Friday, May 27, 2011

Senyum

(@_______________________@)

Tetiba je rase nak senyum malam nie.
Tak kisah la even dah tengah malam kan..
Tak kisah la even xde nak senyum kat sape kan...
Sebab ape la nak senyum?
Kerana kalau senyum, saya rase gembira.
Saya rasa happy sangat bila senyum...
Jom kita semua senyum...
Sebab nye, kalau kalian senyum...
Ia boleh merapatan ukhwah sesama kita...
Sekalipun dengan insan yang kita x kenal...
Senyum tue sedekah okay...
Senyum dengan ikhlas...
Senyum dari hari...
"Okay, sebenarnya saya tengah mood senyum nie sebab kerja dah siap...Mentally macam dah sedikit bersedia la nak pegi conference next week...tentatif pun dah dapat...inshaALLAH gonna be 1st presenter on 1st day nye evening session...doakan saya yer...slides semua pun doc dah semak...he approved without correction...alhamdulillah....pegi kali nie, main sv saya xde...teman seperjuangan pun x ramai yang akan attend...but really hope conference kali nie best...inshaALLAH.....so untuk sedapkan hati...happy kan diri kena la senyum...eheheheheh"
......Otaaaayyyyyyyyy......
JOM SENYUM 
:)


Raihan: Senyum


Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman... senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah


:::JOM SENYUM:::






Monday, May 16, 2011

Hari Guru

Tiap-tiap tahun kita sambut hari guru...kenapa lah kena sambut hari guru? xde pun hari saintis, hari doktor, hari jurutera dan kerja lain2 kan..kenapa hari guru???okay lah, in my opinion, tanpa guru sapalah kita kan....scope guru a.k.a cikgu itu bagi saya teramatlah luas...sebab nya insan yang dipanggil guru itu x semestinya mereka yang mengajar kita secara formal di sekolah, pusat pengajian tinggi...namun konteks guru ini bagi saya adalah mereka yang mengajar, mencurahkan ilmu kepada kita x kira di mana sekalipun....wahal atuk kat ujung kampung yang dok ajar mengaji quran tue pun guru kita okay...so jasa insan yang memberi ilmu kepada kita ini amatlah bermakna okay...sebab tanpa ilmu sape lah kita...so hormatilah mereka yang mengajar kita...x kira lah sape dia kan...kerana tanpa ilmu yang dorang sanggup nak bagi tue, pasti nya kita jahil...nauzubllah...mintak lah dijauhkan...

Kalau dulu kat sekolah kita pasti akan sambut hari guru...macam-macam activities ada...best kan???then sibuk-sibuk pulak beli hadiah bagi kat cikgu...hahahaha...tipu lah kalau korang kata x pernah bagi hadiah kat cikgu kan...but semua itu adalah penghargaan kita pada mereka...yelah, cuba bayangkan kalau xde hari guru, ade korang nak pegi bagi hadiah kat cikgu-cikgu korang...tetiba pulak kan???x pasal je kena gelar pengampu cikgu, pembodek cikgu dan ntah ape-apelah lagi kan....

So for those yang dah lama tinggalkan alam sekolah, ade tak korang contact cikgu korang???kalau ada baguslah, tapi kalau yang xde tue apa kata antar je sms kat cikgu korang...ucapan dari korang sebagai bekas pelajar amatlah bermakna...kalau x caya cubalah...sebab dorang akan rasa sangat dihargai kerna masih diingati...hehehe...syok tau kalau cikgu kita still ingat kita...more kalau rase x nak contact dorang pun x pe lah...ape yang saya boleh advise kat sini, selalaulah doakan para pendidik kita pada setiap kali abes solat...yelah mereka pun penting kan dalam hidup kita, sekali pun mereka hanya singgah sekejap je namun jasa dorang x boleh nak dibalas...hanya Allah jua yang maha mengetahui....

Actually bukannya nak merepek ape, teringat kat teacher saya dulu masa sekolah rendah..nama dia teacher NoorMawar...dia ajar nyanyi lagu "Somewhere in the world" by Boney M....saya nie sekolah kampung jer...so dapat nyanyi lagu omputh nie kire best sangat lah kan...hahahaha...but sebenarnya lah kan...lagu ini sangat bermakna buat kami semua...banyak yang saya pelajari dari lyric lagu nie...dari sekolah rendah ke sekolah menengah hingga kini, kalau ingat balik lirik lagu ini, betul-betul akan buat saya rasa bersemangat untuk mencari erti kehidupan...

So buat semua pendidik saya dari;
Tadika Kemas Titi Teras, Sekolah Kebangsaaan Titi Teras, Sekolah Agama Fardhu Ain Berek Polis, Sekolah AGama Fardhu Ain Titi Teras, Sekolah Abdullah Munshi, UiTM Jalan Othman, UiTM Shah Alam serta mereka yang secara tak lansung memberi saya ilmu juga....


terima kasih sebab mengajar saya erti kehidupan, terima kasih sebab memberi saya ilmu untuk meneruskan perjuangan, didoakan agar kalian sentiasa sejahtera di dalam rahmat Ilahi..hanya Allah jua lah yang mampu membalas jasa kalian semua...ameen...



Bersama sifoo saya kini: saje nak bagi patik jealous..




MISS MY SCHOOL-HOOD TIME SO MUCH

Sunday, May 15, 2011

Kita


 
"apa yang kita buat hari ini adalah untuk masa depan kita yang 5 tahun lagi"

terngiang2 statement itu...dan itulah yang saya tengah pikir rite now. oraite, harapnya betul lah kan. sebab nya 5 tahun ke depan kita semua tak tau apa akan jadi pada kita. jangan kata 5 tahun lagi, 5 minit lagi pun kita tak tahu. segala yang terjadi adalah terlalu pantas. aturan alam, janji kita dengan DIA. but apa yang boleh nak mention kat sini, kena lah bersungguh dalam setiap apa yang kita buat. inshaAllah, cuba lakukan yang terbaik kerna segala yang kita buat adalah penentu untuk masa depan kita. tak kira lah rasional atau emosi setiap tindakan itu. namun haruslah secara rasional, bertindak secara rasional dengan memikirkan emosi orang lain juga. hidup kena ada give and take. bukan sekadar aku ada kuasa aku boleh buat apa aku suka. aku ada harta aku boleh buat apa aku nak. bukan okay...sebaliknya hormatilah orang sekeliling kita. kerna apa yang kita buat adalah kesan untuk diri kita. persepsi orang terhadap kita. jangan dah terhantuk baru nak terngadah. masa tue apa yang datang depan mata semua sapu even sebelum itu kamu dah tahu benda itu salah benda itu tak betul. jangan buat apa yang kita nak buat aje. fikir lah impact disebalik semua itu. yang terbaik, setiap hujah kita setiap amalan kita berbalik kepada hukum dariNYA. 


sekadar ingatan untuk diri sendiri dan untuk kalian semua jika bermanfaat




Wednesday, May 11, 2011

Positive

                                                          retrieved pict: google












Friday, May 6, 2011

Syukur



Alhamdulillah...sangat bersyukur sebab paper dah hampir siap. Segala komen dah dijawab. Memang klu time demam sape pun akan bad mood...so hev to back pada DIA...Hanya DIA yang mengetahui segalanya...bila kita ngadu DIA pasti akan dengar...demam pun dah beransur hilang cuma saya x boleh skip makan ubat. Kena punctual. Banyak keja nak kena buat next week...dah segan nak menyusahkan orang...yela semua orang jadi susah hati bila saya demam...kesian kat dorang...maaf sangat buat kamu semua susah hati...thanks for the phone call ngan sms :)

Hari Jumaat penghulu segala hari terlalu banyak hikmah...So redha atas segala sesuatu kerana sifat sabar serta redha itu sangat manis akan hasilnya....syukur....banyak sangat berita gembira saya terima pada hari ini....


Surah At Taubah : Ayat 59 
Jika mereka sungguh-sungguh redha dengan apa yang diberikan Allah dan RasulNya kepada mereka, dan berkata: "Cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan sebagian dari kurnia-Nya dan demikian (pula) Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berharap kepada Allah," (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka). 

::: nyummy :::


dah sihat betul confirm nak makan strawberry ice cream mcm kat atas tue bebanyak

Wednesday, May 4, 2011

x suka

demam kembali lagi..sangat stress. bila time demam nie la banyak keja nak kena buat.time nie la nak kena submit keje bagai.penat nak pk cane nak tulis sesuatu yang ilmiah. penat pk cari idea cane nak tambah content untuk article...penat pk nak buat soalan mid term kat students. penat nak analyze every single answer dari students time marking paper dorang.demam macam nie memang sangat x suka.sebab bila demam dan kena pk, ending sure sakit kepala.bila sakit kepala campur stress akan jadi migrain. dan sekarang saya tengah migrain. sekian





Sunday, May 1, 2011

E-day Acik

Hari nie, 1st may 2011, adik saya dah pun selamat bertunang dengan gadis pilihan beliau...bakal adik ipaq orang Penang jugak...suka sangat siang tadi sebab dapat kumpul dengan family...seronok...ramai yang balik Penang this week inclusive me :) Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan sangat happy. Theme dari family saya adalah purple dan belah perempuan pulak pink.

Hantaran adalah 9 berbalas 17 dulang...hehhehe...syok betol...dah la pihak perempuan jamu kami dengan masakan kampung...heaven sesangat....oklah, buat acik dan pasangan....sini angah nak ucapkan

"Selamat bertunang...semoga bahagia sampai ke akhir hayat...semoga hubungan yang di bina ini sentiasa di rahmati oleh ALLAH buat selamanya...ameen....Love both of u so much......."


::: Dari pihak kami :::




::: Dari pihak Perempuan:::



May 1, 2011
E-day ; Mushardin n Zehan