![]() |
| Credit to FB |
>̴̴̴̴̴͡.̮Ơ̴͡
"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku." (Surah Thoha:39)
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. "[Ali Imran: 8]
Assalamualaikum...Syawal dah pun tiba ke pertengahan. Semoga amalan kita ketika Ramadhan dapat diteruskan. InshaAllah... Syawal x dapat dipisahkan dengan amalan bertandang..ziarah menziarahi...Namun sejauh mana kita fahami tentang adab bertandang dan berziarah ini...
Sebagai tetamu seharusnya kita tahu, fahami akan kesesuaian waktu untuk menziarah. Dari pandangan saya kesesuaian waktu sering menjadi masalah untuk tuan rumah apabila tetamu datang ke rumah, contoh nya apabila tetamu datang ketika waktu solat. Pasti ini akan menjadi masalah apatah lagi bagi mereka yang biasa menunaikan solat berjemaah di masjid mahu pun surau. Pasti tuan rumah menjadi serba salah..apatah lagi hukum melayan tetamu adalah wajib. Tetamu membawa barakah kepada tuan rumah...
Antara adab bertandang lagi yang acap kali terlepas pandang adalah siapa yang perlu kita ziarah? Tidak dinafikan zaman yang serba moden dan canggih dengan bantuan teknologi ini kita ada ramai kenalan...Sepatutnya mereka yang perlu kita ziarah adalah mereka yang lebih tua (atuk/nenek/pakcik/makcik). Mereka yang lebih berilmu (alim ulama/pendidik).Setelah itu barulah ziarah kawan2 lama atau sesiapa sahaja...Ukhwah itu perlu diteruskan kerana tautan itu rahmah...InshaAllah
Sebagai tetamu yang pergi menziarah...perlu lah bagi kita memberi salam terlebih dahulu..kalau zaman sekarang n, rumah2 taman tekan lah loceng.mana mungkin tuan rumah dengar kalau kita bagi salam.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...masuk hari ke 9 syawal dah kita. Ada yang masih bercuti dan ramai yang dah kembali bekerja :) saya pun akan kembali ke rutin esok.inshaAllah...Back to topic, actually saya nak kongsi kisah tentang anak buah saya. Keletah dorang sepanjang raya sangat mencuit hati. Sekali pun bersahaja, namun sangat terkesan di hati saya.
Raya ke-4 semua sibuk nak ikut saya jalan beraya.Nak jadi kisah malam tu hujan sangat lebat...
Angah: Adik, angah x payah hantar adik balik la ye...hujan lebat ni.Adik tidur kat rumah angah je malam ni.
Anak buah: Tak boleh la tidur dengan angah...
Angah: kenapa pulak x boleh?
Anak buah: sebab adik rindu mama
Angah: rindu tu ape dik?
Anak buah: rindu tu sayang. kena jumpa tengok.
Angah: oooo...dah tu adik x rindu angah?
Anak buah: sebab rindu angah la adik ikut angah jalan2.bole lama2 dengan angah..
Angah: *dalam hati ada taman* ;) sesambil senyum
Assalamualaikum. Setiap kali tiba lebaran...pasti semua kita akan pulang ke kampung halaman. Pasti kita akan berjumpa dengan sanak saudara rakan sepermainan. Pasti kita akan saling bertukar cerita tentang hidup masing-masing. Pasti juga kita akan bertukar kisah kenangan lalu. Segalanya indah. Ukhwah yang terjalin akan lebih erat bila tiba hari raya.. Nikmat Allah yang manakah mahu kita dustakan. Segala tiap kejadian ada hikmahnya...masyaAllah... Namun segalanya perlu di nilai dan di amati dengan mati hati. Bukan lah dengan perasaan yang mati. Setiap kejadian ada kisah di sebaliknya...syukur kerana kita adalah hambaNya yang diberi peluang untuk melalui semua ini. Sekalipun kisah kita x sama, namun matlamat kita satu...Syurga Allah...oleh itu amati dan nilai setiap detik yang telah kita lalui. Mengapa, kenapa... Jangan cuba compared hidup kita dengan orang lain..kerna percayalah yang perjalanan hidup kita juga indah...bersyukurlah...bersyukurlah..bersyukurlah...