“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. "[Ali Imran: 8]

Monday, November 26, 2012

wuduk

Assalamualaikum dan salam sejahtera....saya doakan semoga kita semua di dalam rahmat Ilahi...amen ya Rabb...perihal wuduk seringkali kita kaitkan dengan solat...namun sedar atau tidak dengan kehadiran wuduk kita akan menjadi lebih berdisiplin..kenapa??? kerana setiap kali kita berwuduk, kita akan berusaha menjaga perilaku kita kerana kita akan berusaha untuk mengekalkan wuduk yang ada :) Setiap kali berwuduk, kita akan rasa segar..kita akan lebih bermotivasi...kalau x caya..cuba lah :)

Sunday, November 25, 2012

Bersangka baik

Acap kali saya menasihati org supaya husnuzon dgn Allah..kerana saya yakin dengan Allah..saya yakin bila kita husnuzon dgn Dia pasti segalanya menjadi mudah...saya pasti...kerana saya yakin...tapi saya x nafi utk laksana kan ia tak mudah..utk jadikan ia kenyataan amatlah payah...namun hayatilah Rukun Iman...pasti akan dapat apa yg kita semua cari...
Husnuzon bukanlah sekadar bersangka baik dgn Allah sebenarnya..namun husnuzon juga perlu dengan insan-insan disekeliling kita...ini saya sendiri akui yang saya payah nak implement...kerana kisah silam buat saya susah untuk bersangka baik dengan seseorang...namun someone pernah cakap...maafkan segalanya pasti kamu akan terasa tenang..pasti kamu mampu untuk husnuzon dengan insan itu...saya harap saya dapat laksanakan..amiinn..permudahkanlah ya Allah...impian saya hanya syurga Allah..maka saya mahu urusan dunia ini dapat saya settle sebaiknya...masalah dunia adalah ujian utk saya lebih dekat dengan Dia..moga diberi kekuatan utk kita semua...amiin


Tuesday, November 13, 2012

>.<

Ilmu itu walaupun utama, tetap bukan segala2nya.paling utama, kita perlu mengamalkannya.bagaimana nak sabar?bagaimana nak redha? Bagaimana nk memafkan? Tiada jwpn utk persoalan 'bagaimana' kecuali ditempuh sendiri oleh mereka yg mengalaminya. Sakit perit dalam mujahadah ada dlm realiti kehidupan bukan pada helaian buku dan catatan. Tiada jalan pintas di lebuh raya kebenaran. Semua insan perlu melaluinya dengan menanggung kesusahan. Itulah jalan yg dipilih Allah utk mendpt jannah. Syurga dipagari oleh kesusahan dan penderitaan.CintaNya menagih pengorbanan.Jika perlu menangis, menangislah kerana Allah.Jika perlu sakit,sakitlah kerana Allah. Jika GAGAL, gagallah juga kerana Allah. Yg hitam dan putih adalah milikNya, kita hanya hamba.Pada kita hanya usaha.Kemudian tawakal.Kemudian pasrah dan menyerah,kerana kita milik Allah-ustaz pahrol

Terima kasih Sahabat Jannah untuk mutiara ini >.<

Sunday, November 11, 2012

Istiqamah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...terlalu banyak yang berlegar  di minda...terlalu sukar untuk membuat keputusan. Apakah kerna kurang kebergantungan. Apakah kerna tidak husnuzon dengan Allah. Apakah takut dengan qadak dan qadar...ya Rabb aku mohon keampunanMu...aku pohon kekuatan dariMu...mana mungkin kesenangan tanpa ujian..kemudahan tanpa kesulitan...segalanya adalah dariMu...setiap kesulitan pasti akan ada kemudahannya...inshaAllah..ya Rabb...yang Maha Mengetahui...yang Maha Kaya...Segala puji hanya untuk Mu ya Allah...Maha Pengasih dan Maha Penyayang...Yang memerintah di hari pembalasan...Hanya padaMu kami sembah dan pohon pertolongan...Maka tunjukilah kami jalan yang lurus...Jalan mereka yang Engkau beri nikmat..bukanlah jalan mereka yang Engkau murkai..mahupun jalan mereka yang sesat...tunaikan lah ya Allah...impian kami hanya Firdaus Mu..amiinn