“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. "[Ali Imran: 8]
Showing posts with label istiqamah. Show all posts
Showing posts with label istiqamah. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

Alhamdulillah

Hectic week...banyak sangat kerja...chemistry utk synthesis plus isolation n analysis...instrument setup...microbiology sterilization process, isolation of microbes plus yeast n the environment examination...GC training yg mana only 3 of us je kena pegi(sgt the choosen one)...drug dispensing class mujur xde apa sangat...phewww...namun saya syukur sangat...syukur yang teramat sebab saya ada background untuk biology things even core adalah radio-chemistry...drug knowledge pun x byk masalah sbb suatu ketika dulu i was a part of clinical research members...pengalaman betul2 mengajar saya..suatu ketika dulu pernah saya give up..am asking myself..why I hev to learn this? Its really not me..I don't like this..bla..bla...bla...kufur nikmatnya saya pada saat itu...sombong nya saya...but now, at this moment saya rasa syukur yang teramat...sekalipun kerja yang masuk macam2..pelik2...namun saya mampu utk encounter semuanya...tq Allah.tq Allah..tq ya Allah...tq atas kekuatan yang Allah bg utk saya...ilmu yg Allah bagi pinjam utk saya memudahkan urusan utk hari ini...tq Allah..tq for everything...alhamdulillah..moga terus istiqomah dlm menuntut ilmu Mu ya Rabb...


Imam Syafi'i:
"Ilmuku sentiasa bersamaku. Apabila aku memerlukannya, ia terus dapat digunakan. Dadaku umpama bejana ilmu. Ilmuku bukan didalam peti"
{Rahsia Minda Hebat page 52, (ISBN:978-967-5102-37-0) - 2009}



*migrain semula namun senyum dan terus tersenyum*

Thursday, February 21, 2013

word-ness

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera buat semua...dah lama x menulis pepanjang kat sini..sekadar post kan gamba dan sedikit tulisan dengan harapan ia nya melekat di hati...inshaAllah semoga ia bermanfaat..aamiin ya Rabb...

2012 telah pun berlalu..almost 2 months gak la kan..sbb tengok tarikh hari nie dah nak masuk March 2013...cepat betul masa berlalu..alhamdulillah atas nikmat kurnia dari-Nya kerana masih memberi peluang untuk kita meneruskan perjuangan di atas muka bumi ini demi hari akhirat dan syurga Nya yang abadi...aamiin ya Rabb..perkenankanlah ya Allah :)

Semenjak dah bekerja ni almost everyday saya akan bermain dengan chemicals and drugs..Purposely both for education., indirectly saya belajar untuk diri sendiri juga once dealing dengan chemicals and drugs nie..banyak ilmu baru yang saya kutip...banyak skills baru yang saya belajar..terima kasih ya Allah atas anugerah ilmu ini..terima kasih juga atas kesempatan ini..saya juga berpeluang untuk kongsi ilmu yang saya tahu dengan rakan setugas..syukur..syukur..kalau dahulu saya yang sedih kerana x dapat terus bekerja di hospital seperti rakan-rakan lain...namun kini saya amat bersyukur kerana Allah telah ajar saya sesuatu yang amat bermakna...penyelidikan adalah sebahagian dari saya...saya bermula dengan research dan kini saya masih lagi dengan research..saat orang lain baru belajar merangkak..saya mampu sudah bertatih sekalipun acap kali terjatuh...perjalanan Allah atur itu indah sekali teman...kini terlalu banyak yang saya sedar..kisah lalu buat saya semakin yakin dengan pengaturan yang telah Allah tetapkan..

Al- Baqarah:216 "…Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu."

Buat insan-insan di sekeliling saya yang sentiasa menyuntik semangat terima kasih saya ucapkan..hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian..harapan saya semoga kita semua dapat bertemu di Firdaus kelak...perkenankan lah yaAllah..perkenankanlah ya Allah...perkenankanlah ya Allah...

Tabarakallah


Wednesday, December 7, 2011

La Tahzan

Tiada manusia yang tak pernah sedih. Tiada manusia yang x pernah diuji. Namun lihatlah semua ujian itu dari sudut yang positif. Optimist dalam setiap keadaan. Redha dengan segala ujian. InshaAllah kemanisannya akan dapat kamu lihat dikemudian hari...mungkin bukan sebulan dua..mungkin juga bukan setahun dua...namun manisnya redha dalam setiap ujian itu adalah ketika kita di sana..inshaAllah..janji dari Allah itu pasti.Allah tak pernah menghampakan kita. ALLAH jua tak pernah lupakan kita. Kita hambanya yang selalu merintih, meminta. ALLAH itu Maha Adil. Maha Mengetahui. Abaikan apa sahaja yang mereka lakukan. Abaikan apa sahaja yang datang menimpa kerana DIA ada sentiasa bersama kita.Sandarkan kesedihan kita dengan merintih pada DIA kerana DIA Maha Mendengar.. Syukur dengan ujian. InshaAllah kemanisan dalam bersabar itu terlalu indah.Nikmat nyawa dari DIA untuk kita adalah yang paling berharga untuk buat kita bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman itu yang akan buat kita kuat dalam menghadapi segalanya. Apa juga yang terjadi, hanya Dia yang menentukan segalanya, bukan mereka. Perjuangan tak akan terasa indah bila tiada ujian. Perjuangan tak akan terasa bernilai tanpa pengorbanan. Semoga saya dapat sentiasa istiqomah dalam perjalanan kehidupan ini, begitu juga kalian. 

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”

Friday, November 11, 2011

Khutbah Terakhir Rasulullah di Arafah

Assalamualaikum....mood raya haji still ada...so salam aidiladha buat semua...semoga ibadah korban tahun ini akan diberkati olehNya...Terlalu sayu rasa di petang Jumaat yakni penghulu segala hari...rasa rindu yang teramat pada bumi Madinatul Munawarah...Rindu juga untuk mengadap Kaabah yakni kiblat kita secara realiti..terlalu rindu...Tahun ini saya rasa terlalu meriah untuk mereka yang menunaikan ibadah haji...reasons nye saya pun tak tahu...maybe sebab tahun sebelum nie jarang amik tahu...ataupun mungkin kerana syarikat telekominukasi bekerja keras membuat rakaman dari sana..saya juga x pasti...namun tanpa menonton tv saya tetap terlalu rasa teruja apabila tiba bulan Zulhijjah pada taun ini...Hanya Allah jua yang mengetahui rahsia disebalik segala sesuatu yang berlaku....
 
Berikut di bawah ini saya ingin kongsikan bersama kalian semua, Khutbah Arafah oleh Baginda Rasulullah SAW yang dicintai...Khutbah Arafah ini secara jujurnya saya ambil dari blog rosligrk ...terlalu bermakna khutbah ini bagi saya...harap ia bermanfaat untuk kalian juga...inshaALLLAH....
 
 
:::my own collection:::

 
 
"Padang Arafah. Pada tahun ke 10 Hijrah ketika mengerjakan Hujjatul Wada', Rasulullah SAW telah menyampaikan khutbahnya yang terakhir. Baginda bertolak ke Arafah dari mina setelah naiknya matahari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untk baginda dan baginda masuk serta berada di dalamnya sehingga terglincir matahari (waktu zohor).

Selepas itu, baginda pun mengarahkan disiapkan untanya al-Qaswah, lalu menaikinya sehingga baginda tiba di Wadi Uranah. Di hadapan baginda, ribuan para sahabat mengelilingi baginda. Semuanya menanti penuh debar. Apakah ingin disampaikan baginda. Ramainya manusia yang berhimpun pada haji wida' itu. Ada riwayat mengatakan jumlahnya mencecah 144.000 orang semuanya.

Baginda pun menyampaikan khutbahnya yang bersejarah:

"Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada siapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberikan hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu supaya mentaati-Nya. Aku membuka khutbahku ini dengan mukaddimah yang baik.

Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan aku katakan ini. Aku tidak tahu apakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.

1. Sesunguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan bandar ini Makkah dan kawasan sekitarnya.
2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.
3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakimu (iaitu telah dihapuskan).
4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Rabi'ah bin Al-Haris yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.
5. Riba adalah haram dan aku memulakannya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.
6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan pakai dengan baik.
7. Semua orang mukmin adalah bersaudara, oleh itu tidak halal bagi seorang muslim mengmbil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.
8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan untuk kamu suatu panduan, jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya; kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.
9. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku dan tidak ada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuhanmu (kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.
10. Tuhan kamu adalah Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah. Tidak ada kelebihan bangsa Arab terhadap bangsa lain kecuali dengan taqwa.
11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati, oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat dari para malaikat dan seluruh manusia.
12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku, maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab, "Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu." Baginda lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, "Ya Allah! Saksikanlah." Baginda Rasulullah mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SWT dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi'ah bin Umaiyyah bin Khalaf ra.
Baginda berkhutbah di atas untanya al-Qaswah. Di sinilah turunnya wahyu mengenai kesempunaan agama Islam.

"Pada hari ini telah disempurnakan bagimu agamamu, dan telah kucukupkan nikmat-ku kepadamu, dan telah kuredhakan Islam itu menjadi agama untukmu. (Al-Maidah ayat 3)
Selepas baginda membacakan wahyu ini, para sahabat saling berpelukan kerana begitu gembira. Namun sayyidina Abu Bakar perasanal-Qaswah unta nabi menitiskan air mata dengan banya. Beliau pun ikut menangis. Sayyidian Umar bertanya apakah sebabnya lalu sayyidina Abu Bakar menjelaskan. Di sebalik berita gembira sempurnanya agama Islam, wahyu penutup itu juga petanda khabar duka. Baginda pasti akan meninggalkan mereka kerana tugasnya sebagai Rasul sudahpun selesai. Mendengar itu sayyidina Umar pun menangis sama, begitu juga dengan para sahabat yang lain.

Allahumma Solli A’la Sayyidina Muhammad Wa A’la Alihi Wabarik Wasallim

Sunday, October 9, 2011

Taman Negara

Alhamdulillah limpah syukur padaNya saya sekumpulan selamat pergi dan kembali ke Taman Negara Kuala Keniam Pahang pada minggu lepas...I don't know where to start cause its so cool..Every-time pegi sana sure hati akan gembira...I'm not nature lover actually before this..I never imagine that I will got those experience such as fishing, hiking etc...Honestly I'm not doing any outdoor activities since primary school cause that time I was joined Scout...and its change when I pursue my MSc...I'm doing environmental project...so I hev to involve with nature...aturan Allah xde sapa yang tahu bukan...With this opportunity given, I was so impressed with the nature, splendid scenery in Taman Negara make me thinking hows great our Creator....its soo wonderful...I felt like in the discovery channel when I was in the jungle...honestly Malaysia jungle is so unique cause it consist lots of flora and fauna that u never imagine... Lets enjoy the picts :)








Al-Mu’min, 57: “Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”

Tuesday, September 27, 2011

Pemergianmu

Asal dengar je lagu nie automatic sedih...sayu sangat... 
Can't describe with the words...
Do listen to this song and try to understand the lyric.....


Allahumma Solli A’la Sayyidina Muhammad Wa A’la Alihi Wabarik Wasallim

Friday, July 1, 2011

July 2011

tengok je tarikh pagi tadi...Ya Allah...dah July..cepat nye masa berlalu. dah lepas dari setengah tahun pun untuk 2011 nie...lansung terfikir...apakah achievement saya untuk tahun nie? resolution? only few percents je. but yang pasti saya bersyukur dengan limpahan kurniaan dariNya. saya punyai keluarga yang amat mengambil berat. saya punyai kawan-kawan yang sentiasa berada di sisi, sekalipun jarak memisahkan kami. saya punyai kehidupan yang sederhana namun segalanya cukup bagi saya. walaupun sesekali ada saja ujian yang datang. namun saya redha atas segala yang terjadi. tipu untuk saya katakan hidup saya sempurna, namun segala yang berlaku ada hikmahnya. saya percaya kalian juga begitu, usah berharap sesuatu yang luar biasa jika tiada usaha dan doa. kita hanya mampu berharap. namun Dia yang memberi akan segalanya buat kita, kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat kita. buatlah penilaian dari mata hati, bukan dari mata kasar. mata kasar sering tertipu. mata hati lah yang terbaik. mata hati lah penunjuk segalanya. kemudian akal pula buat judgement. itulah yang membezakan kita dan makhlukNya yang lain. kerana akal lah kita diangkat menjadi khalifah di atas muka bumi ini.

Renung-renungkan :)

Monday, June 20, 2011

Lopong

Hidup kita ini tidaklah mudah. Sekali pun apa yang kita impikan adalah sesuatu yang indah, namun acap kali kita diuji oleh DIA akan erti kehidupan yang sebenar. Namun adakah kita redha atau tidak atas segalanya? Terlalu banyak lopong yang akan kita temui andai kita bezakan diri sendiri dengan teman sekeliling. Namun itu hanyalah lopong dalam meniti kehidupan ini...Sedar atau tidak, pernah atau tidak kita menilai lopong ilmu mahupun lopong usaha kita untu mendekatkan diri dengan DIA ??? Setiap kali hati bersedih, hanya saat itu yang buat kita dekat padaNya...apakah adil ??? Meminta dari DIA untuk memenuhi lopong yang ada ketika saat susah. Sememangnya x adil saya kira...sebagai peringatan untuk diri sendiri dan kalian yang membaca, ayuh kita sentiasa berusaha tanpa jemu untuk menutup lopong yang ada. Usah terlopong dengan kejayaan orang lain jika kita xde usaha seperti mereka. Kejayaan itu amat manis andai kita berusaha. Segala kekurangan itu pasti akan dapat kita atasi andai kita berusaha untuk menjadikan ia sesuatu yang positif dalam hidup kita.



Friday, June 10, 2011

Semoga dimurahkan rezeki :)

Surah Al-Fajr: 27-30
"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku...


-Doa Pembuka Dua Belas Pintu-
Ya Allah....! Bukakanlah untukku, pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga.....

Sunday, May 15, 2011

Kita


 
"apa yang kita buat hari ini adalah untuk masa depan kita yang 5 tahun lagi"

terngiang2 statement itu...dan itulah yang saya tengah pikir rite now. oraite, harapnya betul lah kan. sebab nya 5 tahun ke depan kita semua tak tau apa akan jadi pada kita. jangan kata 5 tahun lagi, 5 minit lagi pun kita tak tahu. segala yang terjadi adalah terlalu pantas. aturan alam, janji kita dengan DIA. but apa yang boleh nak mention kat sini, kena lah bersungguh dalam setiap apa yang kita buat. inshaAllah, cuba lakukan yang terbaik kerna segala yang kita buat adalah penentu untuk masa depan kita. tak kira lah rasional atau emosi setiap tindakan itu. namun haruslah secara rasional, bertindak secara rasional dengan memikirkan emosi orang lain juga. hidup kena ada give and take. bukan sekadar aku ada kuasa aku boleh buat apa aku suka. aku ada harta aku boleh buat apa aku nak. bukan okay...sebaliknya hormatilah orang sekeliling kita. kerna apa yang kita buat adalah kesan untuk diri kita. persepsi orang terhadap kita. jangan dah terhantuk baru nak terngadah. masa tue apa yang datang depan mata semua sapu even sebelum itu kamu dah tahu benda itu salah benda itu tak betul. jangan buat apa yang kita nak buat aje. fikir lah impact disebalik semua itu. yang terbaik, setiap hujah kita setiap amalan kita berbalik kepada hukum dariNYA. 


sekadar ingatan untuk diri sendiri dan untuk kalian semua jika bermanfaat