Assalamualaikum dan Salam satu Malaysia...kekangan masa dgn tanggungjawab yang ada buat saya dah lama tak update di sini...syukur kerna masih diberi peluang untuk bernafas dan menapak di bumi ini...syukur atas nikmat yg dikurniakan pada kita untuk meneruskan saki baki hidup yang kapan bila penghujungnya.
Minggu lepas kita semua dikejutkan dengan issue kenaikkan harga minyak....berpusu2 masyarakat kita keluar mengambil peluang yang ada untuk isi sampai penuh tangki...rationale nye di sini sampai bila stock yangki tue nak tahan...untuk ape perlu keluar tempuh jammed untuk line up isi minyak sebab minyak naik harga 20 sen tue? persoalan saya di sini..mengapa kita perlu fikir nak save RM 10-20 sedangkan kita akan menghabiskan amount yang sama juga. bukan kah masa itu lebih berkualiti jika kita spend dengan family kat rumah. Maaf andai ada yang x berpuas hati. Namun saya akui yang saya juga turut terasa dengan pengurangan subsidi ini. Tapi harus kita berpijak di bumi yang nyata, kerana sampai bila harus kita bergantung pada subsidi???? saya juga rakyat marhein yang turut terkesan dengan kenaikkan harga barang dan segala..namun saya cuba pandang ini dari sudut yang positif.
"Positif???ape yang positif nya cheq ooiiii klu harga naik semuaaa?????"
ramai yang berkata demikian...saya mampu tersenyum...namun disini saya nak bercerita tentang ape maksud positif saya
1. dengan kenaikkan harga minyak...saya takde nak keluar sangat di hujung minggu...so masa bersama keluarga lebih..kan bagus :)
2. apabila minyak naik harga, maka harga barang2 juga naik...so saya xde nak shoping suka hati macam yang buat sebelum ini :)
3. istiqamah selalu dan sentiasa bersyukur dengan rezeki Allah bagi...syukur syukur syukur...kerna semua rezki yang kita dapat bukan lah hak kita...so sedekah semampu kita...inshaAllah pulangan nye lebih dari itu....sebab...ia adalah harta kita di sana..inshaALLAH
4. Ramai yang claim...gaji sikit dik..mcm mana nak sedekah...diri sendiri pun x cukup belanja...sekali lagi saya tersenyum...saya sendiri gaji x besar...namun alhamdulillah...saya cukup...sebab bagi saya bila kita tolong orang kita akan happy...then bila kita bagi kat orang..orang itu pasti akan doakan kita supaya murah rezeki...bagi saya..rezki tu x semestinya dalam bentuk wang ringgit...kesihatan rezeki...kasih sayang pun rezeki..sebagai contoh...tiba2 tengah bulan boss belanja kita makan...rezeki kan..itu contoh termudah lah....kita tengah tunggu bus, tetiba ada kawan berhenti nak tumpangkan...itu pun rezeki kan...nampak tak...kalau dengan perkara kecil begitu kita x bersyukur...sombong nama nya...nauzubillah..moga kita x jadi dikalangan mereka yang kufur nikmat...aameen
5. dhuha antara jln untuk dimurahkan rezeki..so kita akan jadi lebih dekat dengan dia kan...motivasi kan...tahjud juga...kalau sebelum ni kita susah nak bangun malam...tp bila barang naik harga ade plak motivasi ubtuk kita bangun malam merintih pada Dia...alhamdulillah...doa kita pasti didengar...jangan putus doa..itu rahsia saya...saya akan tetap meminta dan meminta kerna bagi saya hanya Allah tempat saya bergantung harap. ..
okaylah itu dulu buat kali ini....di sini saya serta kan satu link yang mungkin boleh buat kita terbuka minda tentang isu ini.... kisah minyak naik harga
Ya Allah, kekuasaan-Mu lebih hebat dari kekuasaan apa yang kami miliki. Berikanlah pada kami sesuatu yang membuat-Mu senang, ambil pula dari diriku sesuatu yang membuat-Mu senang di kala kami sihat wal afiat. Ya Allah, kami tidak punya kemampuan menanggung beban kesusahan, kami tidak punya kesabaran untuk memikul cubaan serta dugaan, kami juga tidak punya kesanggupan ditimpa kemiskinan. Janganlah Engkau halangi rezeki kami ya Allah, jangan pula Engkau memebankan kami hingga bersandar kepada makhluk-Mu, hanya Engkaulah yang aku harapkan mengatasi kekusutan dan keperluanku.Cukupkan lah segala rezeki yang limpahkan pada kami Ya Allah...Jadikanlah kami dikalangan hambaMu yang bersyukur... Salam dan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah SAW..rahmatilah dan berkatilah juga para sahabat dan ahli keluarga baginda Aameen
No comments:
Post a Comment