“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. "[Ali Imran: 8]

Monday, September 12, 2011

Mencari


Pencarian itu sesuatu yang meletihkan...
Pencarian itu juga cabaran...
Pencarian itu menambahkan pengalaman..
Pencarian itu mengajar kita mengenal insan...

Pencarian itu menunjukkan kita siapa kita..
Pencarian itu sentiasa bermula..
Ia tak pernah tamat..
Ia tak pernah ada titik noktahnya...
Kerana apabila kita sudah gapai apa yang ingin kita cari...
Makanya kita akan mencari pula sesuatu yang lain...

Apa yang sedang kita cari?
Kitalah yang menentukannya..
Kitalah yang merancang segalanya..
Namun, rancangan DIA adalah yang paling sempurna.
Teruskan mencari dan mencari...

Thursday, September 8, 2011

(^^,)

Seminggu balik kampung untuk berhari raya sangat best...mana tak nya...makanan yang terhidang sgt lazat...tambahan pulak hasil air tangan insan tercinta...terima kasih buat semua yang masak kat angah...luv u ols so much okay...nanti sila masak lagi....so kisah pun bermula...balik sini on Monday...dah mula x lalu nak makan malam tue..hasilnya sekadar jamah kuih raya yang bawak balik bersama...next day puasa...so untuk buka puasa kena beli makanan memandangkan saya berada di lab...nasi tomato ayam percik...hidangan yang enak dan lazat...tapi bila masuk mulut...arghhh x sesedap nasi tomato kat rumah tokngah masa raya hari tu...kecewa...rabu nya saya ada tuition class so untuk juadah berbuka hanya sekadar grab nasi kandar yang x sama lansung macam nasi kandar kat Penang...failed...hari nie??? Ntah la nak berbuka dengan apa pun tak tahu...jam dah 5.21pm dan saya masih kat lab...jamah kurma saja bole tak? sebab nya tekak kata makan kalau nak sedap kena masak sendiri dan untuk masak kena pegi beli barang sebab stock makan kat rumah memang dah clear sebelum balik raya......urmmmm.....malasnyaaaaaaaaaaaaa

Sunday, July 31, 2011

Ahlan ya Ramadhan

InshaALLAH, dengan barakah dan izin dari-NYA, semoga kita akan berpeluang merasai Ramadhan 1432H/2011...di sini, saya ingin memohon maaf atas segala khilaf yang ada buat semua...semoga Ramadhan kali ini membawa sinar keberkatan, rahmat, impian n semangat yg baru buat kita...inshaALLAH...ameen

Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak...

Friday, July 1, 2011

July 2011

tengok je tarikh pagi tadi...Ya Allah...dah July..cepat nye masa berlalu. dah lepas dari setengah tahun pun untuk 2011 nie...lansung terfikir...apakah achievement saya untuk tahun nie? resolution? only few percents je. but yang pasti saya bersyukur dengan limpahan kurniaan dariNya. saya punyai keluarga yang amat mengambil berat. saya punyai kawan-kawan yang sentiasa berada di sisi, sekalipun jarak memisahkan kami. saya punyai kehidupan yang sederhana namun segalanya cukup bagi saya. walaupun sesekali ada saja ujian yang datang. namun saya redha atas segala yang terjadi. tipu untuk saya katakan hidup saya sempurna, namun segala yang berlaku ada hikmahnya. saya percaya kalian juga begitu, usah berharap sesuatu yang luar biasa jika tiada usaha dan doa. kita hanya mampu berharap. namun Dia yang memberi akan segalanya buat kita, kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat kita. buatlah penilaian dari mata hati, bukan dari mata kasar. mata kasar sering tertipu. mata hati lah yang terbaik. mata hati lah penunjuk segalanya. kemudian akal pula buat judgement. itulah yang membezakan kita dan makhlukNya yang lain. kerana akal lah kita diangkat menjadi khalifah di atas muka bumi ini.

Renung-renungkan :)