“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. "[Ali Imran: 8]

Sunday, July 29, 2012

Dari Mata Turun Ke Hati

Assalamualaikum. Alhamdulillah dah masuk Ramadhan ke-9 utk hari ini. Ape yg telah kita capai? Terawih kita macam mana? Hanya kita yg mempunyai jawapan nya...manusia seperti kita sering kali terleka. Persoalan kita ada jawapan. Jangan menidakkan sesuatu yg benar.kerna itulah fitnah. Semoga kita ikhlas dalam setiap perkara. Bagaimana nak ikhlas? Segalanya bermula dari hati. Hati yg diasuh supaya dekat dengan Dia pasti lembut. Apabila hati menjadi lembut segalanya akan menjadi mudah. inshaAllah. Pohon pada Dia, kerana janji Allah benar. Dari mata turun ke hati :) Maka perbanyakkan tadarus, fahami maksud. Bacalah quran setiap hari. InshaAllah lembut hati kita. Jangan berkira dengan Allah kerana nikmat yg kita perolehi tiada tandingan. MasyaAllah.

Friday, July 27, 2012

Ramadhan Kareem

assalamualaikum semua. alhamdulillah bertemu kita dengan Ramadhan tahun ini. Saban tahun kita mengharapkan untuk bertemu bulan penghulu segala bulan ini. Apabila ditanya kenapa, mengapa...ramai yang menjawab sebab ia bulan penuh barakah..bulan penuh nikmat..tiada hijab utk segala doa..alhamdulillah..menyedari akan hakikat itu, namun apa yang saya observed berapa ramai antara kita yang cuba optimize kan amalan kita pada setiap kali Ramadhan tiba? Saya juga seperti kalian.berpuasa di siang hari.berterawih di malam hari itu pun jika ada kelapangan. Jika saya x letih. Jika saya x penat. Ya, itu saya. Saya yg suka ambil mudah..Alahair terawih tu Sunat muakkad. Orang lain dah buat ok lah. So aku dah x perlu buat. Lepas dah tanggungjawab kot. Namun tanpa sedar saya membiarlan sahaja nikmat pahala berganda dan terawih itu berlalu pergi. Itu belum lagi dalam urusan physical dan hati. Mata, kaki, mulut, tangan apa yang saya jaga untuk berpuasa???  Lintasan hati??? Itu yang paling susah untuk saya. Ada je yang x kena di mata lantas hati terlintas itu dan ini. Akhirnya Ramadhan yang saya tunggu berlalu begitu saja. Alangkah rugi nya saya. Maka untuk tahun ini saya berazam untuk buat sesuatu yang terbaik kerana saya x tahu saya akan berpeluang berjumpa akan Ramadhan tahun hadapan. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur atas kesempatan ini. Marilah kita sama2 istiqamah untuk bertadarus, berbaik sangka, berterawih, solat dhuha, solat tgh malam dan melaksanakan amalan2 yang berlandaskan syariat. Pohon kepadaNya semoga dipermudahkan segala. Janji Allah pasti. Jika kita minta pasti dia beri. Salam Ramadhan Kareem :)

Ya Allah, aku pohon padaMu agar kekalkanlah nikmat iman dan hidayah ini dalam diri kami setelah Engkau berikan pada kami. Janganlah Engkau uji kami dengan bebanan yang berat jika tidak mampu untuk kami pikul sepertimana orang2 terdahulu sebelum kami. Ampun kan kami jika kami salah atau tersalah. Maafkanlah kami atas segala kesalahan kami yang kami zahirkan atau kami sembunyikan. Hanya Engkau Ya Allah. Hanya Engkau Ya Allah tempat kami mengadu dan pohon pertolongan. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar. Maha Mengetahui. Maka berikanlah kami nikmat pertolongan dan jauhkan lah kami dari golongan zalim...amen