“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. "[Ali Imran: 8]

Sunday, November 20, 2011

Langit

Langit itu cantik...Suka tengok langit bila siang...Suka juga tengok langit waktu malam..Kalau siang...langit itu biru...Ada sulaman dengan awan putih seperti kapas...Indah sangat...SUBHANALLAH...Indah sungguh ciptaan langit itu...Namun, kadang kala...langit biru berubah juga...Langit biru, berubah menjadi kelabu...Hilang kedamaian biru itu...Namun saya terus memandang langit...Kelabu langit itu mencurahkan titisan hujan...Sekalipun tidak seindah langit yang biru, Namun...hujan yang turun itu adalah rezeki dari ALLAH buat makhluknya...Rezeki buat manusia, tumbuhan, binatang sekalipun untuk microorganisma...ALHAMDULILLAH...Kelabu langi kemudian bertukar menjadi biru semula...Saat itu, ada pelangi yang muncul..Indah nya pelangi itu...Sepeti cat yang dituang ke atas langit yang kosong...SUBHANALLAH...Sayang sunguh AALAH pada kita semua hambaNYA...Bak kata orang, kisah pelangi itu macam kisah manusia jugak...Mengharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...namun, selepas hujan itu reda...muncul pula pelangi yang indah..Langit malam juga indah...walaupun gelap...langit malam ada di sulam dengan taburan bintang dari angkasaraya...bulan juga menemani langit malam....SUBHANALLAH....indah sunguh ciptaan MU ya Rabb...semoga saya sentiasa bersyukur dan menjadi antara insan dikalangan mereka yang bersyukur...ameen

p/s- saya stress x dapat idea untuk susun ayat bagi part discussion untuk dis coming conference nye paper..!!!!!!huwaaaaaaaaaa

Friday, November 18, 2011

wordless

I need luck...Please pray for me :)

Giveaway Samsung Galaxy S II


Contest ini dianjurkan oleh Beta.my & ditaja oleh Mynewshub


Assalamualaikum and hye everyone...Beta.my ada buat giveaway untuk Samsung Galaxy SII  yang cool...sao amik kesempatan le nak join even tengah busy edit paper untuk pegi conference this weekend...mungkin saya x creative to make entry dalam bentuk kartun video etc macam orang lain buat...tapi saya ada sebab kenapa saya Samsung Galaxy SII yg awesome ini :)

So...jom tengok kenapa.......

Kenape saya nak Samsung Galaxy SII....sebab saya memang pengguna Samsung...loyal sangat :)
Kenapa saya nak Samsung Galaxy SII....sebab saya suka dengan Android application...best!!!!!
Kenapa saya  nak Samsung Galaxy SII....sebab saya rasa design tepon nie lawoo... :)
Kenapa saya nak Samsung Galaxy SII...sebab telefon nie guna Dual Core Application Processor yg mane dia provide high speed dan ini akan memudahkan saya main game serta tengok video dengan sangat enjoy... :)
Kenapa saya nak Samsung Galaxy SII....sebab tepon nie lasak...kalau jatuh pun still selamat okay...tgk kat youtube..so bila anak buah saya campak ia still selamat...phewww...I got this experienced few times..grrr...
Kenapa saya nak Samsung SII tru dis giveaway...sebab telefon saya hilang...baru je hilang...so kalau dapat telefon nie saya dah x payah beli telefon baru...amin :)

::: Samsung Galaxy SII yang Awesome :::


Actually banyak lagi lah kalau nak review tentang Samsung Galaxy SII nye features and spec yang sememangnya cool...but I bet u guys pun tahu and bole cari sendiri...the time is running out for me to cont. writing about this gadget memandangkan saya nak kena siapkan paper and slides for this becoming conference...Please do wish me luck yerp everyone memandangkan saya present oral...moga-moga boleh buat dengan sehabis baik!!!...Due to this giveaway, please me luck as well yerp kekawan and wish best of luck to others too...for those who win this contest I would like to be the first person greet u Congratulation!!!!!!!!

Friday, November 11, 2011

Khutbah Terakhir Rasulullah di Arafah

Assalamualaikum....mood raya haji still ada...so salam aidiladha buat semua...semoga ibadah korban tahun ini akan diberkati olehNya...Terlalu sayu rasa di petang Jumaat yakni penghulu segala hari...rasa rindu yang teramat pada bumi Madinatul Munawarah...Rindu juga untuk mengadap Kaabah yakni kiblat kita secara realiti..terlalu rindu...Tahun ini saya rasa terlalu meriah untuk mereka yang menunaikan ibadah haji...reasons nye saya pun tak tahu...maybe sebab tahun sebelum nie jarang amik tahu...ataupun mungkin kerana syarikat telekominukasi bekerja keras membuat rakaman dari sana..saya juga x pasti...namun tanpa menonton tv saya tetap terlalu rasa teruja apabila tiba bulan Zulhijjah pada taun ini...Hanya Allah jua yang mengetahui rahsia disebalik segala sesuatu yang berlaku....
 
Berikut di bawah ini saya ingin kongsikan bersama kalian semua, Khutbah Arafah oleh Baginda Rasulullah SAW yang dicintai...Khutbah Arafah ini secara jujurnya saya ambil dari blog rosligrk ...terlalu bermakna khutbah ini bagi saya...harap ia bermanfaat untuk kalian juga...inshaALLLAH....
 
 
:::my own collection:::

 
 
"Padang Arafah. Pada tahun ke 10 Hijrah ketika mengerjakan Hujjatul Wada', Rasulullah SAW telah menyampaikan khutbahnya yang terakhir. Baginda bertolak ke Arafah dari mina setelah naiknya matahari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untk baginda dan baginda masuk serta berada di dalamnya sehingga terglincir matahari (waktu zohor).

Selepas itu, baginda pun mengarahkan disiapkan untanya al-Qaswah, lalu menaikinya sehingga baginda tiba di Wadi Uranah. Di hadapan baginda, ribuan para sahabat mengelilingi baginda. Semuanya menanti penuh debar. Apakah ingin disampaikan baginda. Ramainya manusia yang berhimpun pada haji wida' itu. Ada riwayat mengatakan jumlahnya mencecah 144.000 orang semuanya.

Baginda pun menyampaikan khutbahnya yang bersejarah:

"Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada siapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberikan hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu supaya mentaati-Nya. Aku membuka khutbahku ini dengan mukaddimah yang baik.

Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan aku katakan ini. Aku tidak tahu apakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.

1. Sesunguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan bandar ini Makkah dan kawasan sekitarnya.
2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.
3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakimu (iaitu telah dihapuskan).
4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Rabi'ah bin Al-Haris yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.
5. Riba adalah haram dan aku memulakannya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.
6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan pakai dengan baik.
7. Semua orang mukmin adalah bersaudara, oleh itu tidak halal bagi seorang muslim mengmbil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.
8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan untuk kamu suatu panduan, jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya; kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.
9. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku dan tidak ada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuhanmu (kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.
10. Tuhan kamu adalah Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah. Tidak ada kelebihan bangsa Arab terhadap bangsa lain kecuali dengan taqwa.
11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati, oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat dari para malaikat dan seluruh manusia.
12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku, maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab, "Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu." Baginda lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, "Ya Allah! Saksikanlah." Baginda Rasulullah mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SWT dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi'ah bin Umaiyyah bin Khalaf ra.
Baginda berkhutbah di atas untanya al-Qaswah. Di sinilah turunnya wahyu mengenai kesempunaan agama Islam.

"Pada hari ini telah disempurnakan bagimu agamamu, dan telah kucukupkan nikmat-ku kepadamu, dan telah kuredhakan Islam itu menjadi agama untukmu. (Al-Maidah ayat 3)
Selepas baginda membacakan wahyu ini, para sahabat saling berpelukan kerana begitu gembira. Namun sayyidina Abu Bakar perasanal-Qaswah unta nabi menitiskan air mata dengan banya. Beliau pun ikut menangis. Sayyidian Umar bertanya apakah sebabnya lalu sayyidina Abu Bakar menjelaskan. Di sebalik berita gembira sempurnanya agama Islam, wahyu penutup itu juga petanda khabar duka. Baginda pasti akan meninggalkan mereka kerana tugasnya sebagai Rasul sudahpun selesai. Mendengar itu sayyidina Umar pun menangis sama, begitu juga dengan para sahabat yang lain.

Allahumma Solli A’la Sayyidina Muhammad Wa A’la Alihi Wabarik Wasallim