“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. "[Ali Imran: 8]

Thursday, November 7, 2013

InshaAllah

Setelah beberapa bulan berfikir, saya dah buat decision. Saya harap ini yang terbaik. InshaAllah. InshaAllah. Sekalipun ia sukar serta x nampak apa hikmah disebaliknya, namun saya yakin Allah mengaturkan sesuatu yang amat bermakna dan amat baik untuk kehidupan dunia saya hingga ke syurga kelak...aamiin ya Rabb
♡♡♡ Salam Maal Hijrah 1435 ♡♡♡

Saturday, November 2, 2013

Al-Fatihah

Setiap yang terjadi ada hikmahnya...Allah Maha Mengetahui. Apa juga yang direncanakan kita pasti tidak setanding aturan Allah.. Allahu Rabbi..Ujian untuk kita x sama. Redha n pasrah sekalipun x gagah nak hadapinya. Itulah saya. Kalau dulu saya blurr dgn ujian ini..saya sedih dgn ujian ini... Namun kini semua itu dah pun semakin pergi. Alhamdulillah. Saya redha...biarla nak buat ape pun, saya terima ja. Saya masih lagi dlm mc..cuti yang sangat panjang saya kira dalam kehidupan. Terima kasih Allah. Terima kasih atas nikmat ini. Tanggal 16/9/2013 & 29/10/2013 adalah tarikh di mana saya kehilangan toksu dan paklang. Saya dalam mc, means saya ada bersama ketika pengurusan jenazah dilakukan. Maha suci Allah. Itulah hikmah nya bagi diri saya utk apa yang terjadi. Keduanya menghembuskan nafas di hospital. Toksu di cicu manakala paklang di icu. Sakit mereka x sama. Namun itu hanyalah penyebab, yang pastinya saat untuk mereka dijemput telah tiba. Itulah aturan Allah, yang sakit teruk saya. Yang koma itu saya. Namun yang dijemput bukan saya. Terima kasih Allah untuk peluang hidup kali kedua ini. Saya memang terasa dgn pemergian toksu n paklang. Toksu, even jiran..tapi kami rapat yang teramat. Keluarga dia dan saya umpama saudara. Hubungan yang sangat akrab. Paklang pulak, even 2nd couzin dgn ayah tapi kami rapat. Banyak yang paklang dan keluarga beliau buat utk pastikan saya berjaya dlm hidup ini. Terlalu besar jasa paklang. Namun, saya bersyukur dapat jumpa paklang lepas discharged tempoh hari. Beliau x putus doakan keselamatan n kesihatan saya. Paklang terharu dapat tengok saya. Walaupun x fully recover, tapi saya tahu dia lega. Doa saya, semoga toksu n paklang ditempatkan di kalangan insan beriman. Pinta saya, semoga ada lagi pertemuan antara kita di Firdaus kelak..aameen ya Rabb.

Friday, November 1, 2013

Hikmah

Hijrah itu ada himah nya.Semoga kuat dengan ujian ini. Semoga tabah. InshaAllah. Terima kasih Allah.
♡♡♡ 01 Nov 2013 ♡♡♡