“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. "[Ali Imran: 8]

Friday, August 31, 2012

Ziarah Menziarahi

Assalamualaikum...Syawal dah pun tiba ke pertengahan. Semoga amalan kita ketika Ramadhan dapat diteruskan. InshaAllah... Syawal x dapat dipisahkan dengan amalan bertandang..ziarah menziarahi...Namun sejauh mana kita fahami tentang adab bertandang dan berziarah ini...

Sebagai tetamu seharusnya kita tahu, fahami akan kesesuaian waktu untuk menziarah. Dari pandangan saya kesesuaian waktu sering menjadi masalah untuk tuan rumah apabila tetamu datang ke rumah, contoh nya apabila tetamu datang ketika waktu solat. Pasti ini akan menjadi masalah apatah lagi bagi mereka yang biasa menunaikan solat berjemaah di masjid mahu pun surau. Pasti tuan rumah menjadi serba salah..apatah lagi hukum melayan tetamu adalah wajib. Tetamu membawa barakah kepada tuan rumah...

Antara adab bertandang lagi yang acap kali terlepas pandang adalah siapa yang perlu kita ziarah? Tidak dinafikan zaman yang serba moden dan canggih dengan bantuan teknologi ini kita ada ramai kenalan...Sepatutnya mereka yang perlu kita ziarah adalah mereka yang lebih tua (atuk/nenek/pakcik/makcik). Mereka yang lebih berilmu (alim ulama/pendidik).Setelah itu barulah ziarah kawan2 lama atau sesiapa sahaja...Ukhwah itu perlu diteruskan kerana tautan itu rahmah...InshaAllah

Sebagai tetamu yang pergi menziarah...perlu lah bagi kita memberi salam terlebih dahulu..kalau zaman sekarang n, rumah2 taman tekan lah loceng.mana mungkin tuan rumah dengar kalau kita bagi salam.

Monday, August 27, 2012

Telus

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...masuk hari ke 9 syawal dah kita. Ada yang masih bercuti dan ramai yang dah kembali bekerja :) saya pun akan kembali ke rutin esok.inshaAllah...Back to topic, actually saya nak kongsi kisah tentang anak buah saya. Keletah dorang sepanjang raya sangat mencuit hati. Sekali pun bersahaja, namun sangat terkesan di hati saya.

Raya ke-4 semua sibuk nak ikut saya jalan beraya.Nak jadi kisah malam tu hujan sangat lebat...

Angah: Adik, angah x payah hantar adik balik la ye...hujan lebat ni.Adik tidur kat rumah angah je malam ni.
Anak buah: Tak boleh la tidur dengan angah...
Angah: kenapa pulak x boleh?
Anak buah: sebab adik rindu mama
Angah: rindu tu ape dik?
Anak buah: rindu tu sayang. kena jumpa tengok.
Angah: oooo...dah tu adik x rindu angah?
Anak buah: sebab rindu angah la adik ikut angah jalan2.bole lama2 dengan angah..
Angah: *dalam hati ada taman* ;) sesambil senyum


Sunday, August 26, 2012

Benda ape ni ???

Assalamualaikum...sape tau ni ape? kerana benda ni la anak sedara saya dok gaduh dengan saya sebab x mau mandi.makan etc...hishhh...kekanak utk alpha generation mmg la pantang jumpa gadget...


Tuesday, August 21, 2012

Indahnya Hidup Kita

Assalamualaikum. Setiap kali tiba lebaran...pasti semua kita akan pulang ke kampung halaman. Pasti kita akan berjumpa dengan sanak saudara rakan sepermainan. Pasti kita akan saling bertukar cerita tentang hidup masing-masing. Pasti juga kita akan bertukar kisah kenangan lalu. Segalanya indah. Ukhwah yang terjalin akan lebih erat bila tiba hari raya.. Nikmat Allah yang manakah mahu kita dustakan. Segala tiap kejadian ada hikmahnya...masyaAllah... Namun segalanya perlu di nilai dan di amati dengan mati hati. Bukan lah dengan perasaan yang mati. Setiap kejadian ada kisah di sebaliknya...syukur kerana kita adalah hambaNya yang diberi peluang untuk melalui semua ini. Sekalipun kisah kita x sama, namun matlamat kita satu...Syurga Allah...oleh itu amati dan nilai setiap detik yang telah kita lalui. Mengapa, kenapa... Jangan cuba compared hidup kita dengan orang lain..kerna percayalah yang perjalanan hidup kita juga indah...bersyukurlah...bersyukurlah..bersyukurlah...


Saturday, August 18, 2012

TaqabbaALLAHU Minna wa Minkum…Minal Aidin wal Faidzin ♥


Assalamualaikum wrt..Ramadhan bakal meninggalkan kita..semoga segala amalan diterima olehNya...semoga madrasah Ramadhan tahun ini akan meninggalkan kesan yang amat bermakna dalam hidup kita...doakan semoga dapat kita bertemu Ramadhan akan datang...inshaAllah...

Di kesempatan ini saya dengan rendah hati ingin memohon maaf atas segala salah silap sepanjang kalian kenal saya...semoga kita menyambut Aidilfitri kali ini dengan penuh kesyukuran...

TaqabbaALLAHU Minna wa Minkum…Minal Aidin wal Faidzin ♥


Friday, August 10, 2012

Kerana DIA

Warnakan akal dengan agama
Warnakan nafsu dengan iman
Buang akal kita gila
Buang nafsu kita kecundang

Renung-renungkan


Wednesday, August 8, 2012

Pasca Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum..Ramadhan dah mula tiba ke fasa terakhir. Fasa yang dikenali sebagai fasa pembebasan. Bebas sini bukan lah bebas nya kita dari berpuasa dan membuat persiapan menyambut syawal dengan riang gembira. Tapi pembebasan ini adalah bebas nya kita dari dosa setelah memohon pengampunan dari Allah di awal Ramadhan dan ketika pertengahan Ramadhan. Allah..Allah..Allah...Penyayang Allah...Kasih sayang Nya luas..kita sering terlupa dan sering meminta dariNya dan Dia kurniakan semua itu kepada kita...

Mari kita renung bersama, adakah momentum kita seperti di awal Ramadhan bila tiba fasa terakhir ini??? Hanya kita yang ada jawapan untuk semua itu. Adakah kita sudah berjaya jadikan malam2 kita semaksima dengan amalan2 sunnah???Allah...Allah..pohon kekuatan untuk itu.Tempoh berbaki semakin pendek.Semakin singkat.Ayuh tingkatkan momentum kita kerna 10 malam terakhir ini terdapat malam yg lebih baik dari 1000 bulan...besar sungguh kasih sayang Dia buat kita. Nikmat apa lagi yang ingin kita dustakan.

Semoga madrasah Ramadhan dapat mendidik kita supaya menjadi hambaNya yang istimewa, yang terpilih untuk mendiami Firdaus kelak. amennn... Istiqamah dalam setiap keadaan... Perjuangan dengan niat kerana Dia, itulah istiqamah yang terbaik.inshaAllah...

p/s : nasi pun x kan masuk dalam mulut kalau kita x suap...sama juga seperti perjuangan kita atas muka bumi ini...lets forced urself n u will find the wisdom for what did u go through..inshaAllah :)


Saturday, August 4, 2012

Law Kana Bainana Al Habib


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Masuk sudah malam ke-16 Ramadhan...semakin sayu mengenangkan bulan rahmat yg berkat ini bakal meninggalkan kita. Namun x guna utk menangisi sesuatu yang pasti pergi kerana itulah janji Allah. Hanya sebulan Ramadhan bersama kita. Maka ayuh bersama kita hidupkan malam-malam terakhir ini dengan pengisian rohani yang semaksima mungkin seperti yang dilaksanakan oleh Baginda Rasulullah..Junjungan Agung yang sangat dicintai oleh kita semua. Sekalipun Rasulullah tiada bersama kita pada hari ini. Namun kerinduan itu pasti boleh kita boleh ubati dengan melaksanakan ajaran yang diamalkan oleh Baginda. Semoga kita bertemu di Firdaus kelak untuk bersama Baginda Rasulullah SAW yang dirindui.amen ya Rabb...