tengok je tarikh pagi tadi...Ya Allah...dah July..cepat nye masa berlalu. dah lepas dari setengah tahun pun untuk 2011 nie...lansung terfikir...apakah achievement saya untuk tahun nie? resolution? only few percents je. but yang pasti saya bersyukur dengan limpahan kurniaan dariNya. saya punyai keluarga yang amat mengambil berat. saya punyai kawan-kawan yang sentiasa berada di sisi, sekalipun jarak memisahkan kami. saya punyai kehidupan yang sederhana namun segalanya cukup bagi saya. walaupun sesekali ada saja ujian yang datang. namun saya redha atas segala yang terjadi. tipu untuk saya katakan hidup saya sempurna, namun segala yang berlaku ada hikmahnya. saya percaya kalian juga begitu, usah berharap sesuatu yang luar biasa jika tiada usaha dan doa. kita hanya mampu berharap. namun Dia yang memberi akan segalanya buat kita, kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat kita. buatlah penilaian dari mata hati, bukan dari mata kasar. mata kasar sering tertipu. mata hati lah yang terbaik. mata hati lah penunjuk segalanya. kemudian akal pula buat judgement. itulah yang membezakan kita dan makhlukNya yang lain. kerana akal lah kita diangkat menjadi khalifah di atas muka bumi ini.
Renung-renungkan :)
No comments:
Post a Comment