Assalamualaikum...Syawal dah pun tiba ke pertengahan. Semoga amalan kita ketika Ramadhan dapat diteruskan. InshaAllah... Syawal x dapat dipisahkan dengan amalan bertandang..ziarah menziarahi...Namun sejauh mana kita fahami tentang adab bertandang dan berziarah ini...
Sebagai tetamu seharusnya kita tahu, fahami akan kesesuaian waktu untuk menziarah. Dari pandangan saya kesesuaian waktu sering menjadi masalah untuk tuan rumah apabila tetamu datang ke rumah, contoh nya apabila tetamu datang ketika waktu solat. Pasti ini akan menjadi masalah apatah lagi bagi mereka yang biasa menunaikan solat berjemaah di masjid mahu pun surau. Pasti tuan rumah menjadi serba salah..apatah lagi hukum melayan tetamu adalah wajib. Tetamu membawa barakah kepada tuan rumah...
Antara adab bertandang lagi yang acap kali terlepas pandang adalah siapa yang perlu kita ziarah? Tidak dinafikan zaman yang serba moden dan canggih dengan bantuan teknologi ini kita ada ramai kenalan...Sepatutnya mereka yang perlu kita ziarah adalah mereka yang lebih tua (atuk/nenek/pakcik/makcik). Mereka yang lebih berilmu (alim ulama/pendidik).Setelah itu barulah ziarah kawan2 lama atau sesiapa sahaja...Ukhwah itu perlu diteruskan kerana tautan itu rahmah...InshaAllah
Sebagai tetamu yang pergi menziarah...perlu lah bagi kita memberi salam terlebih dahulu..kalau zaman sekarang n, rumah2 taman tekan lah loceng.mana mungkin tuan rumah dengar kalau kita bagi salam.