tanggal 9/5/2013 saya kena admit semula. saya perlu menjalani surgery kali ke-2, ini kerana mata saya yg takde improvement. lepas 1st surgery.bengkak dari hari ke hari. berdebar dan takut memang x dpt saya nafikan. pagi saya admit, pakar yg merawat cakap ptg nnt dia nak buat. ayah balik dulu.saya duduk je kat ward.tapi saya x kisah, sebab dah dah duduk situ selama sebulan.saya dah biasa. walaupun saya x nampak sangat, tapi saya dah get use with the environment. walaupun saya x kenal sesiapa tapi mereka layan saya dengan sangat baik. menjelang tengahari, pic hantar kan saya surgery gown. they said doc awal kan. sebab ada kes lain nanti nak buat. ya Rabbi, saya takut.saya menangis sepanjang jalan dari ward ke operation theather. saya x sempat jumpa sesiapa.saya cuma sempat kol ayah n msg adik beradik saya.masih x fikir, kes siapa yang akan masuk lepas saya hingga saya perlu awal. sampai di theather ramai kawan ayah menunggu. ayah dapat permission untuk jengah saya sebelum masuk op.room. tp ayah x bole masuk.ayah dah lama bersara.satu ketika dulu sini lah tempat permainan saya dan adik2. ayah kerja di sini.tapi tak pernah ada dalam minda yang akan jadi pesakit di sini. once team perubatan start the GA procedure, saya tak sedar dan setelah semua nya selesai, saya dikejutkan di recovery.alhamdulillah.selesai dengan selamat..hari ini kita dikejutkan dengan pemergian beliau. Ustaz Azizan Abu Bakar. rupanya doc nak buat kes saya dulu sebab beliau. Ustaz menjalani pembedahan lepas saya. mungkin bilik yang lain, semesti nya doc yang lain. namun kami berkongsi tarikh surgery yg sama.semoga dirinya ditempatkan bersama para solehin. semoga bertemu kita di Firdaus kelak. aamiin.
No comments:
Post a Comment