dah setahun berlalu. banyak sangat yang berlaku. namun mama sentiasa di hati. setahun yang lalu, mama pergi meninggalkan kami. mama di jemput olehNYA pada tanggal 19.01.2010 jam 2.30pm. mama pergi dengan tenang. terkilan kerana saya xde di sisi mama saat itu. saat dapat berita, hanya Allah yang tahu perasaan saya. hanya ayah dengan adik di sisi. menurut ayah, mama menghembuskan nafas terakhir beliau dengan tenang sekali. alhamdulillah. pemergian mama kami redha. mama terlalu baik. mama sangat tegas dalam mendidik kami. mama sangat istimewa di hati kami. usai berita pemergian mama, saya pulang bersama along. sampai je di rumah, kami x boleh nak masuk parking dekat rumah. semua kawasan dah penuh dengan kereta. kedai makan depan rumah pun terpaksa tutup. terpaksa jalan kaki untuk balik rumah sendiri. sampai di depan rumah, saya dapat lihat ayah, acik dengan adik...ayah datang peluk kami, then kami masuk dan lihat jasad mama kaku di ruang depan. mama tenang. sangat tenang. wajah mama senyum. terlalu ramai yang hadir sehingga saya x boleh nak menyapa. solat jenazah saje almost 300 orang. syukur sangat, kerana Allah menjemput mama dalam keadaan yang sangat indah saya kira. Jenazah mama selamat dikebumikan pada jam 10.30pm. Terima kasih buat semua yang hadir. Saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai yan datang dari seluruh pelusuk negara. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya malam itu. Allah permudahkan segala urusan kita pada hari itu. Syukur. Doa saya, semoga mama ditempatkan dikalangan ahli syurga...ameen...Al-fatihah buat Mama saya yang tercinta : Hajah Arishah binti Abdullah
2 comments:
sebak baca entry ni..kamu sangat tabah masa menghadapi semua ni linda..
Ya Allah, semoga roh Hajah Arishah tenang di sana dan Kau tempatkan lah dia di kalangan orang2 beriman..aminn
tnx ririn...ameen :)
Post a Comment