Homemade Gulai Telur Ikan
"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku." (Surah Thoha:39)
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. "[Ali Imran: 8]
Wednesday, December 26, 2012
Sunday, December 16, 2012
16-12-2012
i wish mama is here.lovely day for adik...smoga ikatan ini kekal hingga ke syurga...al fatihah buat mama tercinta
Monday, November 26, 2012
wuduk
Sunday, November 25, 2012
Bersangka baik
Tuesday, November 13, 2012
>.<
Ilmu itu walaupun utama, tetap bukan segala2nya.paling utama, kita perlu mengamalkannya.bagaimana nak sabar?bagaimana nak redha? Bagaimana nk memafkan? Tiada jwpn utk persoalan 'bagaimana' kecuali ditempuh sendiri oleh mereka yg mengalaminya. Sakit perit dalam mujahadah ada dlm realiti kehidupan bukan pada helaian buku dan catatan. Tiada jalan pintas di lebuh raya kebenaran. Semua insan perlu melaluinya dengan menanggung kesusahan. Itulah jalan yg dipilih Allah utk mendpt jannah. Syurga dipagari oleh kesusahan dan penderitaan.CintaNya menagih pengorbanan.Jika perlu menangis, menangislah kerana Allah.Jika perlu sakit,sakitlah kerana Allah. Jika GAGAL, gagallah juga kerana Allah. Yg hitam dan putih adalah milikNya, kita hanya hamba.Pada kita hanya usaha.Kemudian tawakal.Kemudian pasrah dan menyerah,kerana kita milik Allah-ustaz pahrol
Terima kasih Sahabat Jannah untuk mutiara ini >.<
Sunday, November 11, 2012
Istiqamah
Thursday, November 8, 2012
Pisang
misteri
Thursday, October 25, 2012
Siapa Kita
Monday, October 15, 2012
27
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...seringkali kita pilih 1 dari 27...mengapa??? Sebab kita x nampak ganjaran 27 itu...Ayuh kita dapatkan 27 tue..Rugi kan kalau x dapat kan 27 tue...kalau 27 tu kita nampak..sudah pasti kita akan terkejar2...kutip selagi boleh yuk...namun saya pasti x ramai antara kita yg kuat untuk kejar 27 nie dari 1 yg sememangnya selalu kita amik...so doa dan terus lah berdoa agar kita kuat untuk dapatkan 27 itu pada setiap waktu..amiinn..semoga Allah permudahkan kita untuk solat secara berjemaah....
Tuesday, October 2, 2012
Tetamu Agung
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...musim keberangkatan para tetamu Allah sedang berlansung...indah yang amat bila dapat menjadi tetamu Allah. Perasaan yang amat istimewa yang bercampur...Semoga akan dijemput menyertai mereka yang telah melaksanakan rukun islam ke5 kelak...semoga Engkau permudahkan..semoga Engkau permudahkan...amiinnn
p/s: sayu rasa hati..buat adik apis dan ibu yg dijemput menjadi tetamu Agung, semoga mendapat haji yg mabrur..amiin
Friday, September 21, 2012
Friday, August 31, 2012
Ziarah Menziarahi
Assalamualaikum...Syawal dah pun tiba ke pertengahan. Semoga amalan kita ketika Ramadhan dapat diteruskan. InshaAllah... Syawal x dapat dipisahkan dengan amalan bertandang..ziarah menziarahi...Namun sejauh mana kita fahami tentang adab bertandang dan berziarah ini...
Sebagai tetamu seharusnya kita tahu, fahami akan kesesuaian waktu untuk menziarah. Dari pandangan saya kesesuaian waktu sering menjadi masalah untuk tuan rumah apabila tetamu datang ke rumah, contoh nya apabila tetamu datang ketika waktu solat. Pasti ini akan menjadi masalah apatah lagi bagi mereka yang biasa menunaikan solat berjemaah di masjid mahu pun surau. Pasti tuan rumah menjadi serba salah..apatah lagi hukum melayan tetamu adalah wajib. Tetamu membawa barakah kepada tuan rumah...
Antara adab bertandang lagi yang acap kali terlepas pandang adalah siapa yang perlu kita ziarah? Tidak dinafikan zaman yang serba moden dan canggih dengan bantuan teknologi ini kita ada ramai kenalan...Sepatutnya mereka yang perlu kita ziarah adalah mereka yang lebih tua (atuk/nenek/pakcik/makcik). Mereka yang lebih berilmu (alim ulama/pendidik).Setelah itu barulah ziarah kawan2 lama atau sesiapa sahaja...Ukhwah itu perlu diteruskan kerana tautan itu rahmah...InshaAllah
Sebagai tetamu yang pergi menziarah...perlu lah bagi kita memberi salam terlebih dahulu..kalau zaman sekarang n, rumah2 taman tekan lah loceng.mana mungkin tuan rumah dengar kalau kita bagi salam.
Monday, August 27, 2012
Telus
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...masuk hari ke 9 syawal dah kita. Ada yang masih bercuti dan ramai yang dah kembali bekerja :) saya pun akan kembali ke rutin esok.inshaAllah...Back to topic, actually saya nak kongsi kisah tentang anak buah saya. Keletah dorang sepanjang raya sangat mencuit hati. Sekali pun bersahaja, namun sangat terkesan di hati saya.
Raya ke-4 semua sibuk nak ikut saya jalan beraya.Nak jadi kisah malam tu hujan sangat lebat...
Angah: Adik, angah x payah hantar adik balik la ye...hujan lebat ni.Adik tidur kat rumah angah je malam ni.
Anak buah: Tak boleh la tidur dengan angah...
Angah: kenapa pulak x boleh?
Anak buah: sebab adik rindu mama
Angah: rindu tu ape dik?
Anak buah: rindu tu sayang. kena jumpa tengok.
Angah: oooo...dah tu adik x rindu angah?
Anak buah: sebab rindu angah la adik ikut angah jalan2.bole lama2 dengan angah..
Angah: *dalam hati ada taman* ;) sesambil senyum
Tuesday, August 21, 2012
Indahnya Hidup Kita
Assalamualaikum. Setiap kali tiba lebaran...pasti semua kita akan pulang ke kampung halaman. Pasti kita akan berjumpa dengan sanak saudara rakan sepermainan. Pasti kita akan saling bertukar cerita tentang hidup masing-masing. Pasti juga kita akan bertukar kisah kenangan lalu. Segalanya indah. Ukhwah yang terjalin akan lebih erat bila tiba hari raya.. Nikmat Allah yang manakah mahu kita dustakan. Segala tiap kejadian ada hikmahnya...masyaAllah... Namun segalanya perlu di nilai dan di amati dengan mati hati. Bukan lah dengan perasaan yang mati. Setiap kejadian ada kisah di sebaliknya...syukur kerana kita adalah hambaNya yang diberi peluang untuk melalui semua ini. Sekalipun kisah kita x sama, namun matlamat kita satu...Syurga Allah...oleh itu amati dan nilai setiap detik yang telah kita lalui. Mengapa, kenapa... Jangan cuba compared hidup kita dengan orang lain..kerna percayalah yang perjalanan hidup kita juga indah...bersyukurlah...bersyukurlah..bersyukurlah...
Saturday, August 18, 2012
TaqabbaALLAHU Minna wa Minkum…Minal Aidin wal Faidzin ♥
Di kesempatan ini saya dengan rendah hati ingin memohon maaf atas segala salah silap sepanjang kalian kenal saya...semoga kita menyambut Aidilfitri kali ini dengan penuh kesyukuran...
TaqabbaALLAHU Minna wa Minkum…Minal Aidin wal Faidzin ♥
Friday, August 10, 2012
Kerana DIA
Warnakan akal dengan agama
Warnakan nafsu dengan iman
Buang akal kita gila
Buang nafsu kita kecundang
Renung-renungkan
Wednesday, August 8, 2012
Pasca Terakhir Ramadhan
Assalamualaikum..Ramadhan dah mula tiba ke fasa terakhir. Fasa yang dikenali sebagai fasa pembebasan. Bebas sini bukan lah bebas nya kita dari berpuasa dan membuat persiapan menyambut syawal dengan riang gembira. Tapi pembebasan ini adalah bebas nya kita dari dosa setelah memohon pengampunan dari Allah di awal Ramadhan dan ketika pertengahan Ramadhan. Allah..Allah..Allah...Penyayang Allah...Kasih sayang Nya luas..kita sering terlupa dan sering meminta dariNya dan Dia kurniakan semua itu kepada kita...
Mari kita renung bersama, adakah momentum kita seperti di awal Ramadhan bila tiba fasa terakhir ini??? Hanya kita yang ada jawapan untuk semua itu. Adakah kita sudah berjaya jadikan malam2 kita semaksima dengan amalan2 sunnah???Allah...Allah..pohon kekuatan untuk itu.Tempoh berbaki semakin pendek.Semakin singkat.Ayuh tingkatkan momentum kita kerna 10 malam terakhir ini terdapat malam yg lebih baik dari 1000 bulan...besar sungguh kasih sayang Dia buat kita. Nikmat apa lagi yang ingin kita dustakan.
Semoga madrasah Ramadhan dapat mendidik kita supaya menjadi hambaNya yang istimewa, yang terpilih untuk mendiami Firdaus kelak. amennn... Istiqamah dalam setiap keadaan... Perjuangan dengan niat kerana Dia, itulah istiqamah yang terbaik.inshaAllah...
p/s : nasi pun x kan masuk dalam mulut kalau kita x suap...sama juga seperti perjuangan kita atas muka bumi ini...lets forced urself n u will find the wisdom for what did u go through..inshaAllah :)
Saturday, August 4, 2012
Law Kana Bainana Al Habib
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Masuk sudah malam ke-16 Ramadhan...semakin sayu mengenangkan bulan rahmat yg berkat ini bakal meninggalkan kita. Namun x guna utk menangisi sesuatu yang pasti pergi kerana itulah janji Allah. Hanya sebulan Ramadhan bersama kita. Maka ayuh bersama kita hidupkan malam-malam terakhir ini dengan pengisian rohani yang semaksima mungkin seperti yang dilaksanakan oleh Baginda Rasulullah..Junjungan Agung yang sangat dicintai oleh kita semua. Sekalipun Rasulullah tiada bersama kita pada hari ini. Namun kerinduan itu pasti boleh kita boleh ubati dengan melaksanakan ajaran yang diamalkan oleh Baginda. Semoga kita bertemu di Firdaus kelak untuk bersama Baginda Rasulullah SAW yang dirindui.amen ya Rabb...
Sunday, July 29, 2012
Dari Mata Turun Ke Hati
Friday, July 27, 2012
Ramadhan Kareem
assalamualaikum semua. alhamdulillah bertemu kita dengan Ramadhan tahun ini. Saban tahun kita mengharapkan untuk bertemu bulan penghulu segala bulan ini. Apabila ditanya kenapa, mengapa...ramai yang menjawab sebab ia bulan penuh barakah..bulan penuh nikmat..tiada hijab utk segala doa..alhamdulillah..menyedari akan hakikat itu, namun apa yang saya observed berapa ramai antara kita yang cuba optimize kan amalan kita pada setiap kali Ramadhan tiba? Saya juga seperti kalian.berpuasa di siang hari.berterawih di malam hari itu pun jika ada kelapangan. Jika saya x letih. Jika saya x penat. Ya, itu saya. Saya yg suka ambil mudah..Alahair terawih tu Sunat muakkad. Orang lain dah buat ok lah. So aku dah x perlu buat. Lepas dah tanggungjawab kot. Namun tanpa sedar saya membiarlan sahaja nikmat pahala berganda dan terawih itu berlalu pergi. Itu belum lagi dalam urusan physical dan hati. Mata, kaki, mulut, tangan apa yang saya jaga untuk berpuasa??? Lintasan hati??? Itu yang paling susah untuk saya. Ada je yang x kena di mata lantas hati terlintas itu dan ini. Akhirnya Ramadhan yang saya tunggu berlalu begitu saja. Alangkah rugi nya saya. Maka untuk tahun ini saya berazam untuk buat sesuatu yang terbaik kerana saya x tahu saya akan berpeluang berjumpa akan Ramadhan tahun hadapan. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur atas kesempatan ini. Marilah kita sama2 istiqamah untuk bertadarus, berbaik sangka, berterawih, solat dhuha, solat tgh malam dan melaksanakan amalan2 yang berlandaskan syariat. Pohon kepadaNya semoga dipermudahkan segala. Janji Allah pasti. Jika kita minta pasti dia beri. Salam Ramadhan Kareem :)
Ya Allah, aku pohon padaMu agar kekalkanlah nikmat iman dan hidayah ini dalam diri kami setelah Engkau berikan pada kami. Janganlah Engkau uji kami dengan bebanan yang berat jika tidak mampu untuk kami pikul sepertimana orang2 terdahulu sebelum kami. Ampun kan kami jika kami salah atau tersalah. Maafkanlah kami atas segala kesalahan kami yang kami zahirkan atau kami sembunyikan. Hanya Engkau Ya Allah. Hanya Engkau Ya Allah tempat kami mengadu dan pohon pertolongan. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar. Maha Mengetahui. Maka berikanlah kami nikmat pertolongan dan jauhkan lah kami dari golongan zalim...amen
Thursday, June 21, 2012
Istikharah Cinta
Monday, June 18, 2012
Manisnya Doa
Rindu nak ke sini semula |
Tuesday, May 29, 2012
Happy c(^_^)3
Thursday, May 24, 2012
Langit
Langit ketika sunset pun cantik gak |
Tuesday, May 22, 2012
phheeewwwwww~
Saturday, March 17, 2012
Alhamdulillah
Thursday, February 2, 2012
mood-ness
Bitter Heart
Children spinning around till they fall down down down.
I wait for you: it's been two hours now,
You're still somewhere in town,
Your dinners getting cold.
I rest my case you are always this late,
And you know how much I hate waiting around 'round 'round,
Bitter heart, bitter heart tries to keep it all inside,
Bitter heart, bitter heart shadows will help you try to hide,
Bitter heart, my bitter heart is gettin' just a little fragile,
Bitter heart, bitter heart of mine.
And then you come and tell me the same reason as you did yesterday,
So tell me whats her name.
Doo doo da dum, doo doo da dum, doo doo doo doo doo doo da da dum dum, da da da da dum, da da da da dum, da da da da dum.
Bitter heart, bitter heart tries to keep it all inside
Bitter heart, bitter heart shadows will help you try to hide,
Bitter heart, my bitter heart is just getting a little fragile,
Bitter heart, bitter heart of mine, of mine, of mine, of mine, of mine, of mine.
Even lagu nie dah lama.tapi bila hati x tenang,hati x keruan, lagu nie gak yg akan saya ingat