“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. "[Ali Imran: 8]

Thursday, September 9, 2010

Salam Lebaran

Salam lebaran buat semua...di kesempatan ini saya nak pohon ampun dan maaf atas segala-galanya...Semoga lebaran ini lebih bermakna buat kita semua....



Yang kecik-kecik even yang besar pun please jangan main mercun okeh...



Buat yang memandu, hati-hati dijalan raya...

p/s: entry x bole pepanjang sebab tgh masak...and semua gambar di atas adelah dari ihsan "Pakcik Google"

Sunday, September 5, 2010

Kampung Tercinta

Nice tittle saya kira....ehehehe...hari ini merupakan 26 Ramadhan 1431H...Untuk pengetahuan kalian semua saya dah pun pulang ke kampung halaman tercinta...aisyeeehhhh...pada yang masih di perantauan, harap bersabar yer...kalian pasti akan pulang juga lepas ini...actually, nothing much to share here, saya hanya "cuci kaki"...kuih raya dah 5 jenis adik ordered...baju tok ngan wan pun dorang dah belikan...tinggal tunggu kak long pulang bawak balik langsir baru je nak tukar...theme rumah, warna biru...tetiba je along nak warna biru....so nak kena pegi cari baju biru lah plak...even baju raye dah ada 3 pasang....huks...membazir lah haih rase kalau g beli...urmm....tengoklah dulu...saya sedang menantikan kedatangan teman baik untuk keluar berjalan-jalan melihat sambutan rakyat tempatan di sekitar pulau tercinta ini...hahaha(ayat skema abes)....nak stay kat rumah, sape pun xde...adik on call...acik nak kuar detin...ayah sibuk kat masjid...maklumlah malam ni kan malam 27 likur...every year masjid tempat saya buat kenduri...gotong royong...awal-awal pagi ayah dah g tolong kat masjid...hurmmm...kalau arwah mama ada sure saya akan buat kuih raya dengan mama.(pls go away sedih mood).....oh yaaa buat my "labmate" nanti sambutan raya, saya bawak dodol okeh...saya dah ordered 2 kgs...hahaha...best kan...oklah...nanti saya update lagi....papai

p/s: entry kali ini adalah entry syok sendiri...uhukssss

Thursday, September 2, 2010

Layout Sayur???

saya tukar layout baru...jiwa saya dengan sayur-sayuran memang tak dapat dipisahkan...hahaha...rasenya follower saya paham nape la haih daku menggunakan layout sayur...yeahhhhhhhh....harus motivasikan diri sendiri okeh....saya dah cerita dalam entry before dis yg saya sedang lakukan research untuk sayur-sayuran...so, memandangkan research saya still still in progress, makanya saya decide nak gunakan layout sayur okeh...begitu bersemangat kan????

Kalian sure pelik kan, kenapa perlu saya buat kajian sayur? Meh sini nak list down....
1. Sebab sayur itu unik
2. Sebab x banyak kajian sayur buat kat Malaysia "terchenta" ini <3
3. Sebab saya nak pegi kawasan tanah tinggi (sane sejuk,best buat sampling)
4. Sebab saya suka masak sayur (masakan paling mudah)
5. Sebab saya suka makan sayur (
sayur x masak sedap gak)
5. Sebab makan sayur jadi sihat <<<=== betulkah???...tunggu dan lihat sajelah sehingga kajian tentang sayur saya selesai....

Okies, sekian dahulu entry untuk kali ini...hope ia menjawab persoalan silent readers sekalian...kenapa saya pilih layout sayur.

Tata

Tuesday, August 31, 2010

Hujan itu Rahmat

Still in the lab...processing my samples...but now I'm so tired...baru lepas marathon kutip 5 sets of cabbages atas court...penat sangat2...langit dah bagi warning since 2 hours tadi...but I keep doing others...sieve my samples...calculate samples etc...all of sudden...langit dah marah benar...lansung marathon kutip cabbages..kutip akar cabbages (elane cakap bentuk akar tue macam jenglot...hahaha) so tired...sakit pinggang...adoi laaa...

Cabbages tue semua actually a parts of my research...saya masih belajar untuk pengetahuan kalian...now, I'm doing research on the vegetables in Malaysia Highlands...so, its x only cabbages, but I'm looking for others vegetables as well...tomato, watercress etc...enjoy with study...but sometimes saya akan down juga sebab ramai rakan seperjuangan dah pakat-pakat kerja kan...but, my colleagues here always cheers me besides of my family yang jauh di mata tapi sentiasa di hati...aceewaahhh...hope saya cukup kuat untuk tamat kan segala nya...ameen...


Ish...ape lah haih kan dok melalut nie...ape lah kaitan semua ini dengan tajuk entry ini...actually, sekarang nie, kawasan saya duduk sekarang nie (INTEC,UiTM) tengah hujan...barakah kalau kalian nak tahu waktu2 hujan nie...kenapa saya cakap demikian....sebab orang tua-tua selalu cakap hujan rahmat...hujan rahmat everytime huja kan...even kita kadang-kadang kecewa...yelah, banyak kan perkara yang tergendala....actually apa yang our senior generation tue cakap ada benarnya...

(Gamba ini adalah ihsan dari "Uncle Google")

Hadis Riwayat Muslim Dari ‘Atha’ bin Abu Rabah r.a. katanya, dia mendengar Aisyah r.a., isteri Rasulullah SAW bercerita, "Bila angin bertiup kencang dan langit mendung berawan banyak, tampak kegelisahan di wajah Rasulullah SAW sehingga baginda maju mundur (berjalan mundar-mandir). Apabila hujan telah turun wajah baginda berubah menjadi gembira dan hilang kegelisahannya. Berkata Aisyah, "Aku bertanya kepada baginda, apa yang menyebabkan baginda gelisah sebegitu rupa." Jawab baginda, "Aku khuatir kalau-kalau angin dan mendung itu menjadi laknat yang ditimpakan kepada umatku. Tetapi bila hujan telah turun maka hal itu adalah rahmat."

Oleh yang demikian, kita digalakkan berdoa agar hujan yang turun itu membawa rahmat untuk kita dan sekalian makhluk di atas muka bumi ini....Kita digalakkan berdoa ketika hujan....doa lah semoga hujan itu membawa manfaat buat kita. Saya pernah bersembang dengan seseorang ketika di bumi anbiya satu ketika dahulu....kebetulan berkenalan, lansung bercerita...sehingga kisah hujan turut kami kongsikan bersama...all of sudden, kenalan baru saya berkongsi sesuatu...antara amalan yang sentiasa dia lakukan ada lah berdoa ketika hujan....so nice kan...

Al-A'raf : 57
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)."

An-Nahl:10- 11 "Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu,sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya yang lainmenyuburkan tumbuh-rumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya)kamu mengembala ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamudengan air hujan tersebut tanam-tanaman zaitun,kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda ( kekuasaan ALLAH) bagi kaum yang berfikir."


Dari 2 ayat dia atas tue, jom lah kita fikir-fikirkan bersama….rahmat di sebalik hujan ini….Sebenarnya, saya suka sangat kalau hujan…saya suka dengar bunyi hujan, suka bau hujan…mesti korang pelik kan, ape dia kah bau hujan tue…ntah la…memang saya saya suka bau hujan…rasa segar jer kalau bau hujan…hahaha….pelik…biarlah korang x paham….kalau korang duduk kat tepi tingkap ke, duduk kat tepi jendela tengok hujan sure korang akan kagum dengan keindahan titik-titik hujan tue…betul….kalau x caya buat lah…saya sukaaaa oke…ish…mcm syok sendiri jer entry kai nie…oklah…objective kali nie, just nak sampaikan kata korang semua, hujan tue sebenarnya rahmat….so in my condition, kalau xde hujan macam mana lah kan sayur-sayur tue nak membesar dengan sangat sihat...kalau sayur-sayur x sihat macam mana saya nak teruskan kajian saya....so saya suka hujan....


(Kawasan Kajian saya: Ladang Kubis)



p/s: best nye kalau boleh mandi hujan...*wink*