“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. "[Ali Imran: 8]

Monday, February 21, 2011

Taman Negara Trip

Alhamdulillah, trip ke Taman Negara Kuala Keniam dah pun tamat. InshaAllah itu adalah trip kami yang terakhir. Sepanjang berada di sana terlalu banyak kenangan dan ilmu yang saya perolehi. Semoga keakraban ukhwah antara kami  yang terjalin akan terus kekal. Kami bertemu kerana ALLAH. Demi mencari ilmu untuk bekalan hidup dan di akhirat. Segala senda tawa, suka duka yang dikongsi adalah pengalaman yang amat bernilai. Yakin dengan keputusan ini. Yakin dengan ketentuan ALLAH. Mengharap untuk yang lain, namun saya dapat lebih dari itu. Syukur. 



Yasin : 33-35
“Dan satu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah bumi yang mati, kami hidupkan bumi itu dan Kami keluarkan daripadanya biji-biji maka daripadanya mereka makan dan Kami jadikan padanya kebun-kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air supaya mereka dapat makan dari buah-buahan dan dari apa yang diusahakan oleh tangan mereka, maka mengapakah mereka tidak bersyukur.”


Berada di sana selama beberapa kali untuk beberapa hari  (0_0) membuatkan kami berfikir. Alangkah senangnya kita, mewahnya kita di sini. Di sana kami perlu melakukan segalanya sendiri. Pengalaman di mandi dan wuduk seawal pagi di sungai, hidup tanpa bekalan elektrik, mengutip sample di sepanjang 5km trek, berkenalan dengan hidupan lain selain manusia seperti pacat, cacing,ulat gonggok etc membuatkan kami berfikir.
 



Al-Baqarah : 164
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, perubahan malam dan siang serta kapal yang belayar di lautan membawa perkara yang memberi faedah kepada manusia, dan apa yang diturunkan Allah s.w.t dari langit dari air lalu dihidupkan dengannya bumi yang gersang dan menyebarkan padanya setiap kehidupan, melalukan angin dan awan yang ditundukkan di antara langit dan bumi, itu semua merupakan tanda (kekuasaan Allah s.w.t) bagi mereka yang berfikir.


2 comments:

Unknown said...

smoga ukhwah ni berkekanaln....

*entry sgt2 berinfo..ni la yg patik mksdkan bila anda mula berblog...entry anda mmg laen dri yg laen..

mommylavender said...

menikmati indahnye alam....menghirup kedamaian...