“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. "[Ali Imran: 8]

Tuesday, March 8, 2011

Sihat itu Nikmat

Sihat x hari nie? 
Apa khabar?
How are you?
Wie es geht?
كيف حالك
Comment vous?


Antara ayat2 yang cliche selalu kita dapat bila jumpa sesapa kan...biasalah untuk memulakan topik bila berjumpa, its nice tanya kan khabar terlebih dahulu. Tetapi kekadang kita bosan bila dapat ayat yang macam tue berulang kali, sbb nya kita sihat...but kalau lah kita x sihat, mesti kita akan rasa sangat terharu bila di ajukan soalan demikian...ada gak yang nak tanya khabar aku...Nampak x kat sini yang kita tak sedar bahawa sihat itu adalah nikmat.

Kalau x sihat, I'm sure kita akan duduk je kat rumah. Bosan okay hidup kalau terperuk je dalam rumah, x nampak dunia luar. :) Berbeza dengan keadaan kita yang sihat, mampu pergi ke sini ke sana bergaul dengan orang itu orang ini...Keluar bertemu kawan baik, buat outdoor activities bersama, belum lagi dengan aktiviti sosial yang lain...bahagia betul...Namun semua tue kita haya akan sedar bila kita x sihat, sakit...Sebabnya, banyak activity yang akan tergendala, terpasa ditangguh dan keputusannya semestinya hampa...kesan bukan sekadar kat diri sendiri tetapi kat orang keliling sama especially kalau kita deal dengan orang lain untuk sesuatu urusan.So masa tue baru nak sedar sihat itu adalah nikmat.

So kat sini just nak ingatkan semua termasuk diri sendiri yang sentiasalah bersyukur dengan nikmat sihat yang ada. Jangan zalimi diri sendiri kerana itu sangat tak bagus dan berdosa. Makan seadanya dan bersenam selalu. Tapi kalau kita sakit, jangan lah pula mengeluh kerana mungkin itu adalah ujian untuk kita sebagai hambaNya.

Mereka yang sihat :)


Dari Ibn Abbas r.a berkara, Rasulullah saw telah bersabda:  
“Dua nikmat yang sering memperdaya manusia: Kesihatan dan kelapangan masa”.
(Riwayat al-Bukhari)